Keputusan menjadi seorang usahawan sepenuh masa bukan satu keputusan yang mudah bagi sesetengah orang. Apatah lagi mereka yang sudah berada dalam dunia pekerjaan hampir berpuluh tahun.

Sejak kecil lagi,minda kita sudah dibiasakan ataupun dilatih untuk mencari pekerjaan yang bagus dan terjamin. Tanpa kita sedari, fokus kita dari kecil hanyalah belajar bagus-bagus dan dapatkan pekerjaan yang diimpikan .

Adakah menjadi pekerja itu sesuatu yang buruk?

Sudah tentu tidak, apabila kita tanam cita-cita sewaktu kecil dulu, contohnya menjadi polis, guru, bomba, santis ,angkasawan (walaupun sekarang cuma ada satu orang dari Malaysia yang berjaya sampai ke bulan ?), pelajaran yang kita dapat sebenarnya adalah kita perlu mempunyai cita-cita.. Itu pelajaran terbaik yang kita perlu belajar.

Pekerja yang baik adalah pekerja yang dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Ya, tanggungjawab.

Adakah menjadi usahawan itu sesuatu yang paling baik?

Jika ditanya, jawapan saya iya dan juga tidak. Mengapa Iya? Satu kunci paling penting ialah berniaga itu merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Dan kenapa juga jawapannya Tidak? Menjadi usahawan bukan satu pilihan yang tepat jika anda inginkan jaminan pekerjaan mahupun jaminan kewangan. Ujiannya sampai tahap… ?

Di mata mereka yang bekerja, menjadi seorang usahawan ini sesuatu yang menarik kerana bebas mengurus masa mereka sendiri, bebas ke sana ke sini, sentiasa berduit, kelihatan hebat dan bergaya. Namun hakikatnya, dunia usahawan bukan begitu.. Bukan setakat perlu belajar ilmu perniagaan, belajar ilmu kewangan,ilmu ilmu lain.. Mereka juga perlu belajar ilmu untuk mengurus manusia. Mengurus manusia lebih sukar sebenarnya daripada mengurus mesin ataupun mengurus perkara lain.

Ini merupakan cabaran yang kelihatan mudah tetapi hakikatnya sangat mencabar dalam dunia keusahawanan terutamanya apabila perniagaan anda memerlukan pekerja bagi membolehkan bisnes anda beroperasi.

Untuk mereka yang sudah cukup lama dalam dunia pekerjaan dan beralih ke dunia keusahawanan secara tiba-tiba, sudah tentu ianya juga akan menjadi tamparan yang hebat kerana dari seseorang yang mempunyai gaji tiap bulan, kini anda perlu berjuang sehabis mungkin untuk memastikan bisnes anda boleh membayar anda gaji tiap bulan.. Itupun kalau ada yang tinggal. ? Dunia bisnes ini bukan seindah teori buku teks yang anda fikirkan.

Apa tanda anda sesuai menjadi seorang pekerja yang baik ataupun menjadi seorang usahawan?

Hanya anda akan mengenali diri anda, jika anda seorang yang tidak pandai duduk diam walaupun anda sudah mempunyai pekerjaan yang tetap dan duit yang cukup menampung hidup anda, tetapi masih saja sibuk sana sini menjual itu menjual ini. Kemungkinan, jiwa anda adalah menjadi seorang usahawan.

Mereka yang mempunyai jiwa usahawan biasanya suka menjual bukan disebabkan wang ringgit tetapi mereka gembira apabila ada yang membeli produk mereka. Hati mereka akan melompat kegembiraan. Kenapa wang ringgit jadi perkara kedua? Banyak juga usahawan yang menjual tetapi bukan untung wang ringgit, malah rugi..haha.. Tetapi tidak mengapa, itukan proses pembelajaran.

Mereka yang mempunyai ciri pekerja yang baik pula macamana? Biasanya pekerja yang baik akan melaksanakan tugasan mereka dengan baik kerana bagi mereka ianya adalah amanah dan tanggungjawab. Itu juga kepuasan bagi mereka apabila berjaya melaksanakan, kepuasan itu juga melebihi kepentingan wang ringgit. Kenapa wang ringgit menjadi perkara kedua? Anda tentu pernah lihat mereka yang bekerja tidak kira masa walaupun tanpa imbuhan walaupun tanpa pujian, kerena bagi mereka berjaya melaksanakan tanggungjawab itu adalah kepuasan yang melebihi wang ringgit.

Jadi mana yang terbaik, jadi usahawan ataupun jadi pekerja?

Ya sudah, jika ingin jadi usahawan, jadi usahawan yang terbaik, jika ingin jadi pekerja yang pekerja yang terbaik.

Dunia ini kan cuma persinggahan sementara untuk kita. Umpama kita sedang menunggu bas di perhentian bas, sampai masa nanti bas kita pun akan tiba. Jadi sementara menunggu bas kita tiba, nikmati hidup ini, buat perkara yang diredhoi Allah. Bukan kita seorang saja yang tengah tunggu bas kan, jadi saling kongsi cerita sambil eratkan silaturahim.

Jadi usahawan yang disayangi Allah, jadi pekerja yang disayangi Allah.