(Video) Tutorial Cara Membuat Page Facebook 2017

Baiklah, untuk video tutorial kali ini, saya ingin share video tutorial bagaimana cara untuk membuat page facebook.

Jika anda seorang usahawan, adalah sangat penting untuk anda mempromosikan perniagaan anda melalui page. Anda harus ingin akaun profile facebook yang biasa adalah tidak sesuai untuk mempromosikan bisnes malah polisi syarat yang ditetapkan oleh pihak facebook kemungkinan akan menjejaskan akaun facebook jika anda terus mempromosikan perniagaan anda melalui profile facebook.

facebook

Oleh itu, jika anda serius untuk melakukan perniagaan di laman sosial facebook, pastikan anda belajar untuk membuat page facebook anda sendiri.

Untuk membuat page facebook adalah sangat mudah sekali, dalam artikel kali ini, saya sertakan sekali kepada anda bagaimana cara untuk membuat page facebook bisnes anda melalui video tutorial, selamat mencuba đŸ™‚

 

Seminar Pemasaran Internet Sabah (Feb 2017)

Alhamdulillah, 25 Feb 2017 yang lepas, selesai program Seminar Pemasaran Internet (Siri 1/2017) yang dijalankan oleh Khaiz Group hasil kerjasama bersama Dana Sari.

Seminar ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai pemasaran internet terutamanya kepada usahawan-usahawan di Sabah.

Syukur, walaupun ini merupakan kali pertama untuk tahun 2017 dan juga boleh dikatakan kemunculan saya kembali dalam dunia perniagaan internet ini sejak hampir sekian lama sibuk membangunkan tiang-tiang utama Khaiz Group, boleh dikatakan program seminar pemasaran internet untuk feb 2017 ini sangat berjalan dengan lancar.

Apa yang amat mengagumkan saya, peserta-peserta yang datang bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu tetapi ada juga yang datang dari jauh seperti di Tawau,Ranau dan Keningau serta kebanyakkan daripada mereka langsung tidak mengenali atau mengikuti perkembangan diri saya sebelum ini.

Yang pastinya, mereka semua sangat mendahagakan ilmu pemasaran internet yang sudah tentu pada masa kini ilmu ini sangat penting untuk para usahawan di luar sana. Pada awal program, saya mengambil sedikit masa untuk mengadakan sesi suai kenal kepada mereka semua. Dengan mengetahui sedikit latar belakang mereka, memudahkan lagi untuk saya menyelami sekaligus mengenali mereka dengan lebih dekat.

Mengikut perancangan awal, program sepatutnya bermula jam 9 pagi dan dianggarkan tamat pada jam 1 petang. Namun, oleh kerana peserta-peserta yang hadir sangat bersemangat, program tersebut tamat lebih kurang jam 4.15 petang.

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut ialah :

  • Asas perniagaan internet (secara terperinci dan santai).
  • Cara mencipta serta meningkatkan “branding” bisnes dan diri anda.
  • Kaedah “online”kan perniagaan anda secara santai.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut. Program tersebut berlangsung dengan sangat santai dan peserta-peserta yang hadir juga saling berkongsi pengalaman serta ilmu mereka kepada peserta yang lain. Apa yang lebih penting, mereka juga mendapat rakan-rakan baru di dalam seminar ini.

Alhamdulillah, saya juga mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta yang hadir selepas tamat seminar tersebut. Kebanyakkan daripada mereka juga bercadang untuk mengikuti bengkel susulan pada masa akan datang.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program dari saya, boleh subscribe percuma :

Perkembangan Bisnes Online Di Sabah

Bisnes Online

bisnes online

Sekitar tahun 2011,bersama insan-insan yang meminati ilmu bisnes online.Boleh dikatakan waktu ni masih sangat kurang kita boleh lihat usahawan-usahawan internet di Sabah (mungkin juga banyak di luar sana tapi bergerak solo) ataupun mungkin saya kurang melihat?
.
Mempelajari ilmu bisnes online pada ketika itu mungkin sedikit mencabar berbanding rakan-rakan kita yang berada di Semenanjung Malaysia,kita mungkin tidak akan terjumpa dengan seorang Mentor IM yang boleh mengajar kita secara “face to face”,walaupun pada waktu itu, otai Irfan Khairi bersama pernah beberapa kali datang ke Sabah untuk memberi peluang membuka minda usahawan-usahawan di Sabah mengenai Internet Marketing.
.
Pada ketika itu,hanya ebook-ebook,video ataupun buku yang berkaitan bisnes online sahaja menjadi rujukan.Kalau tidak berasa malu,saya akan cuba pm beberapa sifu di sana untuk bertanya,itupun kalau kena layan la hehehe…Ya..Saya tahu tidak semua orang mampu belajar dengan hanya berbekalkan ebook mahupun video,tidak kira seberapa banyak ilmu panduan yang kita beli dari sifu-sifu,mesti ada banyak perkara yang kita tidak faham.Paling penting sekali,Jangan Sama Sekali Salahkan Sifu walaupun kita sudah beli panduan mereka dan masih tidak faham.Telan & Hadam sahaja…Mungkin hari ini kita tidak faham,beberapa lama selepas itu kita akan faham dengan ilmu yang disampaikan.Mendapatkan ilmu memang perlukan kesabaran kan đŸ™‚
.
Hampir genap 5 tahun dari hari itu,bagaimana keadaan penerimaan bisnes online di Sabah? Ya saya lihat sendiri banyak perubahan,orang ramai mula nampak kekuatan bisnes online,anak-anak muda mula mencari peluang dalam bisnes online,faktor ekonomi pada masa kini mungkin menyedarkan kita tidak boleh duduk diam tunggu peluang kerja datang kepada kita.Lambakan kuaran E & S juga menyebabkan saingan untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik terutamanya dalam sektor awam.Salah satu penyelesaiannya? Bisnes Online.
.
Namun,perkara yang sama 5 tahun lepas masih berlaku,sifu-sifu bisnes online yang berada di Sabah sendiri mungkin MASIH BERSEMBUNYI, mentor-mentor bisnes online di Sabah boleh dikatakan masih kurang.Usahawan-usahawan offline yang ingin “mengonlinekan” bisnes mereka masih blurrr dimana tempat yang mereka boleh berikan wang mereka dan jumpa secara “face to face” untuk mendapatkan servis-servis bisnes online ini di Sabah.
.
Saya pernah terjumpa “secara online” beberapa usahawan internet yang boleh dikatakan hebat & berasal dari Sabah dan berada di Sabah. Tetapi mungkin kebanyakkan mereka bergerak sendiri dan untuk membuat servis bisnes online secara besar-besaran tidak mampu dan perlukan team..Atau saya terlepas pandang? Ada juga banyak yang pandai buat website dan sistem online,tetapi realitinya itu bukan menentukan ianya seorang Usahawan Internet..
.
Apa yang pasti,untuk anak-anak muda Sabahan yang meminati bisnes online,teruskan usaha..Peluang masih sangat luas lagi..Sedut seberapa banyak ilmu internet marketing.Bergerak dalam komuniti jika boleh.
.
Kalau boleh,ada rezeki,terbang ke semenanjung dan berjumpa dengan sifu-sifu Internet Marketing di sana (saya pun belum pernah terbang ke sana untuk berjumpa dengan sifu-sifu IM di sana)..hehe..
.
Jangan terus buka kedai atau office,kuatkan networking dengan usahawan-usahawan yang lain.Kuatkan bisnes dan branding terlebih dahulu.(Sehingga sekarang Khaiz Group masih belum mempunyai office,kami lebih santai bergerak secara online & SOHO,insyallah masanya akan tiba tidak lama lagi).
.
Untuk saya? Ya,saya sedang bangunkan empayar Internet Marketing yang saya belajar lebih 5 tahun melalui team saya, Khaiz Group.Khaiz Group saya bangunkan diserap dengan elemen-elemen Kuadran B yang lahir dari jiwa saya sendiri menjadikan ianya lebih kuat,tabah & tidak sama sekali berputus asa.Produk-produk keluaran Khaiz Group seperti Sabahan Dot My dan adik-beradiknya seperti artissabah.com serta beberapa lagi platform lain yang akan muncul pasti memberi banyak keuntungan dan kebaikkan kepada komuniti Sabahan serta perkembangan bisnes online di Sabah! Doakan kejayaan kami.
.
.
Khairilizwan Jamros
Internet Marketing Sabah,Malaysia

?#?sabah? ?#?bisnesonline? ?#?sabahan? ?#?internetmarketing? ?#?im? ?#?khaiz??

Bisnes Online

Bukan Cina Sahaja,Semua Bangsa Boleh Berjaya!

Cina

cina
Ini kawan saya,namanya Wong..
Dia salah seorang geng keras saya waktu di kelas menengah dulu..
.
Walaupun dia seorang sahaja bangsa cina di dalam kelas,tapi itu bukan penghalang untuk berkawan & bergila dengan rakan-rakan kelas lain.
.
Dulu selalunya saya datang ke rumah dia untuk main video game tape..
Kadang2 dia datang ke rumah saya untuk main komputer..
Sampai sekarang,kami masih berhubung dan kalau berjumpa perangai 2×5 juga macam dulu-dulu..haha…
.
Dan ada banyak perkara yang kami saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga sekarang.
.
================================================
Sementara itu,saya pernah bercerita dengan seorang lagi rakan cina saya..
.
Saya puji,bangsa cina rajin,kuat berusaha & banyak yang berjaya..
.
Dia jawab,
“Semua bangsa pun sama juga,cina pun ada juga yang malas dan tidak mahu berusaha..Masalahnya bukan terletak pada BANGSA,tapi pada diri individu itu sendiri”.
.
Ya betul,semuanya adalah kesedaran dan terletak pada diri kita sendiri,sesiapa pun boleh jadi seorang yang BERJAYA, ianya bukan masalah BANGSA tetapi masalah dalam diri kita sendiri.
.
Jika kita terus menjadikan sesuatu perkara sebagai satu ALASAN penghalang kita untuk mencapai kejayaan,tidak mustahil nanti,kita akan mula berhadapan dengan alasan kedua selepas itu,begitu juga seterusnya…Kerana penghalang tersebut sebenarnya bukan terletak pada alasan-alasan yang dihadapi tetapi terletak dalam diri kita sendiri..
.
Semoga kita terus sukses!
Khairilizwan Jamros

Cina

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.