Motivasi : Usahawan Perlu Belajar Dari Kisahnya Santan

Saya menjadi tertarik dengan kisahnya santan.
Sepertinya, kisah santan ini juga kita boleh samakan seperti kisah hidup seorang yang bergelar Usahawan.

Mari kita hayati, bagaimana santan itu sendiri terhasil..

Dari sebatang pokok kelapa yang tinggi,
Ianya jatuh terus ke permukaan tanah ,
Tidak cukup dengan itu, dibelah..
Selepas dibelah, diparut..
Setelah menjadi parutan kecil,
Dituang air panas,
Kemudian diperah,
Dan akhirnya…menjadi Santan.

Jika kita lihat perjalanan santan,
Ianya tidak semudah yang kita sangka,
Ia melalui banyak “ujian-ujian” yang perlu dihadapinya.

Adakah “perjalanan” santan ini sama seperti perjalanannya seorang usahawan?

Ya… Seorang usahawan yang berjaya sudah tentu lalui banyak liku-liku kegagalan sebelum berjaya.

Tanpa kita sedari, kegagalan-kegagalan sebelum ini yang banyak mengajar kita untuk terus maju sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Setelah melalui banyak kegagalan, pasti akan ada kenikmatan yang Allah berikan kepada kita. 🙂

Jarang sekali saya berjumpa dengan usahawan yang berjaya tanpa lalui sebarang kegagalan. Ya, mungkin ada? Mungkin?

Oleh itu, jika anda sedang melalui suatu kegagalan… Jangan terus bersedih, cari hikmah dari kegagalan tersebut. Allah tidak jadikan hidup kita sia-sia.

Komen, jika anda pernah lalui kegagalan.

Bukan Cina Sahaja,Semua Bangsa Boleh Berjaya!

Cina

cina
Ini kawan saya,namanya Wong..
Dia salah seorang geng keras saya waktu di kelas menengah dulu..
.
Walaupun dia seorang sahaja bangsa cina di dalam kelas,tapi itu bukan penghalang untuk berkawan & bergila dengan rakan-rakan kelas lain.
.
Dulu selalunya saya datang ke rumah dia untuk main video game tape..
Kadang2 dia datang ke rumah saya untuk main komputer..
Sampai sekarang,kami masih berhubung dan kalau berjumpa perangai 2×5 juga macam dulu-dulu..haha…
.
Dan ada banyak perkara yang kami saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga sekarang.
.
================================================
Sementara itu,saya pernah bercerita dengan seorang lagi rakan cina saya..
.
Saya puji,bangsa cina rajin,kuat berusaha & banyak yang berjaya..
.
Dia jawab,
“Semua bangsa pun sama juga,cina pun ada juga yang malas dan tidak mahu berusaha..Masalahnya bukan terletak pada BANGSA,tapi pada diri individu itu sendiri”.
.
Ya betul,semuanya adalah kesedaran dan terletak pada diri kita sendiri,sesiapa pun boleh jadi seorang yang BERJAYA, ianya bukan masalah BANGSA tetapi masalah dalam diri kita sendiri.
.
Jika kita terus menjadikan sesuatu perkara sebagai satu ALASAN penghalang kita untuk mencapai kejayaan,tidak mustahil nanti,kita akan mula berhadapan dengan alasan kedua selepas itu,begitu juga seterusnya…Kerana penghalang tersebut sebenarnya bukan terletak pada alasan-alasan yang dihadapi tetapi terletak dalam diri kita sendiri..
.
Semoga kita terus sukses!
Khairilizwan Jamros

Cina

Pasang IMPIAN itu adalah PERCUMA…

Impian

impian

:: Pasang impian itu adalah PERCUMA kenapa perlu takut untuk mempunyai IMPIAN?? ::
.
Ada di antara kita di luar sana,TAKUT untuk meletakkan impian masing-masing dalam hidup mereka.
.

Sampan

Sumber Gambar : http://www.marcnair.com/sampan-2-0/

Umpamanya mereka rasakan,biarlah hidup mereka seperti sebuah sampan di tengah lautan,terbiar kosong dan tidak tahu di mana hendak dituju..Hanya ikut kata laut..Ke kiri,maka ke kirilah ia..ke kanan,maka ke kananlah ia..
.
Begitu juga dengan segelintir manusia,mereka membiarkan diri mereka tanpa menanamkan sebarang IMPIAN di dalam diri mereka.Padahal mempunyai impian itu adalah PERCUMA,tanpa perlu bayar satu sen pun..
.
Terlaksana ataupun tidak,itu perkara kedua…
.
Mempunyai IMPIAN umpama kita diberikan “pendayung” untuk sampan kita,tinggal kita lagi perlu berusaha mendayung sampan kita..
.
Oh ya…Pendayung itu juga percuma…hehe…
.
.
.
Apakah IMPIAN Anda?

Impian

Berfikiran Negatif? Ubah Hidup Ke Arah POSITIF!

Berfikiran POSITIF

berfikiran POSITIF

“Sentiasalah berfikiran POSITIF setiap kejadian yang berlaku samada ianya BAIK ataupun BURUK, kerana setiap perkara yang berlaku itu tersembunyi PELAJARAN KEHIDUPAN di dalamnya dan beruntunglah mereka – mereka yang MENIKMATINYA .”

Sebagai manusia,sudah tentu kita akan sentiasa diuji dengan perkara BAIK ataupun BURUK…

Namun,itu semua sebenarnya adalah salah satu proses pembelajaran dalam kehidupan kita.Allah SWT menguji setiap hambanya membuktikan Allah sayang kepada kita,supaya kita sering mengingatiNya tidak kira sewaktu SENANG mahupun SUSAH.Seringkali kita sebagai hamba yang lemah ini sering LEKA dan kadangkala TERLUPA untuk mengingatinya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. al-Ankabut: 2-3)

Dan setiap ujian yang Allah berikan tersebut,tidak melebihi batas kemampuan hambanya tersebut.Jadi anda perlu sentiasa YAKIN & PERCAYA setiap ujian yang diberikan.

“Allah tidak akan memberikan beban (taklif) kepada seseorang di luar batas kemampuannya.” (TQS. Al Baqarah [2] : 286

 

Sentiasa Berfikiran POSITIF

penser-positif

Apabila anda sentiasa berfikiran POSITIF,tidak kira perkara yang BAIK mahupun BURUK menghampiri anda,yakinlah anda akan mampu mengharungi ujian-ujian tersebut dengan mudah dan lebih tabah.

Bayangkan juga,anda menarik keseluruh cas-cas positif yang berada di sekeliling anda.Dan hidup anda akan lebih tenang dan sudah tentu anda akan mampu membuat keputusan yang lebih baik.

 

Berfikiran NEGATIF Hanya Akan Membawa Anda Ke Arah Yang Lebih Negatif.

ba984180f9f5cb50c24e32d25e904e55

Sebagai seorang manusia yang NORMAL,tentu sekali anda ingin merasakan kehidupan yang sentiasa ke arah POSITIF walaupun apa perkara yang berlaku.

Ya kita semua diberikan ujian,dan yang membezakannya ialah bagaimana cara kita mengurus ujian tersebut samada dengan sifat POSITIF ataupun NEGATIF dalam diri kita.

Jika kita sentiasa berfikiran NEGATIF,ia hanya akan membuat kita “menarik” lebih banyak perkara-perkara NEGATIF di dalam kehidupan kita.Sentiasa berfikiran NEGATIF juga,hanya akan mengundang rakan-rakan kita yang mungkin juga sentiasa berfikiran NEGATIF sama seperti kita dan rakan-rakan kita yang sentiasa berfikiran POSITIF akan menjauhkan diri dari kita sedikit demi sedikit.

Ubah Hidup Ke Arah Yang Lebih POSITIF

dfa174e625a5595ebec28ba711354a84

Kehidupan kita di DUNIA ini hanyalah sementara,jadi mengapa kita harus membebani fikiran kita dengan perkara-perkara NEGATIF di dunia ini?

Jika anda sebelum ini sentiasa berfikiran ke arah NEGATIF,Berubahlah…
Jadilah mereka yang sentiasa berfikiran ke arah POSITIF dan saya yakin anda akan lebih menghargai kehidupan anda dan juga menghargai ujian-ujian yang Allah berikan kepada anda..

Jika anda berfikiran POSITIF,anda akan dapat menilai kesemua jalan-jalan kehidupan yang anda lalui dengan lebih baik dan sempurna…Anda tidak akan mudah mengeluh dan anda akan lebih sabar serta tabah menghadapinya…

🙂

 

Berfikiran POSITIF

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.