Tutorial Cara Menambah 5 Akaun Dalam Instagram Anda!

Tidak dapat dinafikan lagi, Instagram kini menjadi salah satu senjata yang hebat untuk pemasaran perniagaan anda. Bahkan, ada antara usahawan di luar sana mengaut ribuan ringgit dengan hanya mempromosikan perniagaan mereka melalui platform Instagram.

Namun, apa yang saya lihat sendiri, banyak usahawan-usahawan di luar sana masih mencampur aduk kandungan peribadi dan juga bisnes mereka dalam satu akaun instagram bisnes mereka.

Hal ini akan menyebabkan akaun rasmi instagram untuk bisnes anda akan kelihatan kurang profesional dan proses untuk anda menjenamakan bisnes anda akan menjadi lambat.

 

Tahukah anda,  kini anda boleh mengurus 5 akaun dalam Instagram anda sekaligus?

Ya, apa yang saya dapat lihat sendiri, masih terdapat ramai mereka di luar sana terutamanya usahawan tidak mengetahui yang anda boleh menambah 5 akaun dalam Instagram anda.Jadi dengan adanya fungsi ini, anda boleh mengasingkan akaun peribadi instagram anda dan juga bisnes anda.

Baiklah untuk menambah banyak akaun dalam instagram anda, sila ikuti tutorial ini :


1 – Pertama sekali, melalui instagram anda, klik pada icon titik seperti dalam gambar rajah.

2 – Kemudian, klik pada “Add Account“.

3 – Masukkan username dan juga katalaluan akaun instagram anda yang lain. Jika belum ada akaun, anda boleh membuat akaun baru instagram anda.

4 – Selesai! Kemudian, anda boleh klik di tepi kiri akaun instagram anda dan anda akan dapat lihat dan pilih akaun instagram yang anda ingin uruskan.

Selamat mencuba!

 

[Video] Cara Sambungkan Peranti Anda Tanpa Perlu Bateri

Pernahkah peranti anda seperti telefon pintar atau modem 3g yang menggunakan bateri mengalami masalah?

Jika Ya! sudah tentu perkara ini leceh kerana anda perlu mencari bateri baru untuk tukar dan lebih bermasalah lagi jika anda susah mendapatkan bateri untuk model peranti anda tersebut.

Ya itu juga yang berlaku kepada saya sebelum ini,saya pernah membeli sebuah modem 3g DLINK DWR-730 dan yang menjadi masalah adalah apabila bateri modem tersebut mula bermasalah terutamanya untuk cas.

 

Alhamdulillah, dengan melakukan sedikit pengubahsuaian, modem tersebut dapat digunakan kembali.

Baiklah untuk mengetahui bagaimana cara saya mengubahsuai peranti ini supaya boleh gunakan tanpa perlu bateri, anda boleh tonton video tutorial tersebut di atas.

 

 

(Video) Tutorial Cara Membuat Page Facebook 2017

Baiklah, untuk video tutorial kali ini, saya ingin share video tutorial bagaimana cara untuk membuat page facebook.

Jika anda seorang usahawan, adalah sangat penting untuk anda mempromosikan perniagaan anda melalui page. Anda harus ingin akaun profile facebook yang biasa adalah tidak sesuai untuk mempromosikan bisnes malah polisi syarat yang ditetapkan oleh pihak facebook kemungkinan akan menjejaskan akaun facebook jika anda terus mempromosikan perniagaan anda melalui profile facebook.

facebook

Oleh itu, jika anda serius untuk melakukan perniagaan di laman sosial facebook, pastikan anda belajar untuk membuat page facebook anda sendiri.

Untuk membuat page facebook adalah sangat mudah sekali, dalam artikel kali ini, saya sertakan sekali kepada anda bagaimana cara untuk membuat page facebook bisnes anda melalui video tutorial, selamat mencuba 🙂

 

Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone

Fan Page

Pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda Tutorial Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone anda.Saya pasti kebanyakkan daripada anda mempunyai facebook masing-masing,terutamanya mereka yang ingin membuat bisnes online.

Facebook merupakan salah satu medium terbaik pada masa kini untuk mempromosikan produk-produk anda.Dan yang paling penting sekali,sebagai seorang usahawan,anda harus tahu bagaimana cara untuk membuat fan page facebook anda.

Kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda.

Saya andaikan yang anda telah mempunyai akaun facebook peribadi anda sendiri.

1. Pertama sekali,klik pada simbol yang terletak pada tepi kanan aplikasi facebook di telefon pintar anda (rujuk gambar).
fan page

2. Kemudian,pada bahagian “Pages“,klik See All.
2

3.Selepas itu,klik butang “Create Page“.
3

4. Kemudian,masukkan nama syarikat ataupun nama fan page yang anda inginkan,dan pilih kategori yang sesuai untuk bisnes / fan page anda.

4

5

6

5. Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki pada bahagian ini,kemudian klik butang “Save Info” ataupun anda boleh lakukan ianya kemudian,klik butang Skip.

7
6. Masukkan gambar profile page anda termasuk cover photo fan page anda.

8

10

Selesai! Anda telah berjaya membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda!

Insyallah,pada tutorial akan datang saya akan kongsikan lagi beberapa tutorial serta tips khas untuk usahawan online terutamanya.

Fan Page

Tutorial : Tingkatkan Trafik Web Melalui Signature Email.

Tingkatkan Trafik Web

Jika anda mempunyai laman web ataupun blog tidak kira anda gunakan untuk perniagaan anda ataupun lain-lain. Sudah tentu anda inginkan web anda tersebut dikunjungi oleh ramai orang kan?

Baiklah kali ini,saya ingin kongsikan kepada anda tips ringkas yang mungkin ada sesetengah dari usahawan terutamanya terlepas pandang padahal teknik ini adalah PERCUMA sahaja.

Teknik yang saya maksudkan ialah teknik tingkatkan trafik web melalui kaedah SIGNATURE EMAIL.

Ya! Mungkin ada yang merasakan teknik initingkatkan trafik web melalui signature ini adalah “remeh” sahaja,namun anda harus ingat,anda harus menggunakan seberapa banyak mungkin teknik untuk mempromosikan laman web / blog anda.

Pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh memanfaatkan fungsi signature ini pada email gmail anda. (sebaiknya pada usahawan menggunakan gmail).

tingkatkan trafik web

1- Pertama sekali,klik pada butang “gear” di tepi email gmail anda.Kemudian klik pada “Settings“.

 

signature2

2 – Kemudian klik butang “General“.

 

signature3

Selepas itu,pada bahagian “Signature“,masukkan butiran yang anda ingin letak.

Contoh :

*************************************************************************

Khairilizwan Jamros | Usahawan Internet Malaysia Sabah
# Dapatkan tips,tutorial,panduan mengenai bisnes online di dalam blog saya,

Klik & Layari => https://khairilizwan.com

*************************************************************************

Setelah selesai,klik butang “Save Changes“.

Tahniah! Sudah selesai!

Anda boleh mencuba hantar email kepada orang lain,dan anda akan dapat lihat fungsi signature di setiap email yang anda hantar.

Tingkatkan Trafik Web

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.