Sabahan Dot My Mencecah 50 Ribu Likes Dalam Masa 5 Bulan 18 Hari!

Sabahan


Alhamdulillah,hasil dari sokongan daripada semua pihak,page facebook Sabahan Dot My akhirnya mencapai 50 ribu likes dalam masa 5 Bulan 18 hari. Bukan itu sahaja, jumlah “people reached” juga telah mencapai 2 juta dalam minggu tersebut.

Sabahan.my 2.2 Juta People Reached” width=”315″ height=”328″ />
Terima kasih juga terutamanya kepada team Khaiz Group kerana sama-sama bertungkus lumus membangunkan Sabahan Dot My ini begitu juga support daripada rakan-rakan artis yang lain.

Tidak sangka perancangan spontan yang saya dan juga team lakukan untuk membangunkan Sabahan Dot My menggunakan 3 elemen penting membuahkan hasil dan disokong oleh semua pihak tidak kira kaum,bangsa dan agama.

Sepanjang 5 bulan ini,pelbagai pengalaman-pengalaman menarik yang kami lalui,terutamanya dalam membangunkan komuniti positif dan sihat melalui Sabahan Dot My.Saya sering menekankan aspek-aspek positif perlu diserapkan dari semasa ke semasa ke dalam Sabahan Dot My.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang sama-sama menyokong Sabahan Dot My!
Support Sabahan,Support Sabahan Dot My!

#sabahan #sabah #khaiz #khaizgroup

Sabahan

Page FB Sabahan Dot My Cecah 10 Ribu Likes!

Sabahan


Syukur alhamdulillah,selepas dilancarkan pada 1 Januari 2016,
fan page Sabahan Dot My akhirnya mencecah 10 ribu likes dalam masa 1 bulan 24 hari.

Boleh dikatakan page ini tumbuh dengan cepat dan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami termasuk artis-artis tempatan Sabah,komuniti-komuniti serta para usahawan.

Kewujudan Sabahan Dot My ini diharapkan menjadi salah satu platform untuk Sabahan mempromosikan karya-karya mereka terutamanya.

Mungkin ada beberapa soalan yang bermain di fikiran para pengunjung web sabahan.my serta page fb Sabahan Dot My ini.Antaranya :

Siapa orang-orang di sebalik Sabahan Dot My?
– Orang-orang yang banyak membantu di sebalik Sabahan Dot My ialah krew-krew dari Khaiz Group kerana Sabahan Dot My merupakan salah satu projek platform yang dibangunkan di dalam Khaiz Group itu sendiri.Khaiz Group terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Khaiz Production,Khaiz Photography,Khaiz Designer,Khaiz Web Design dan beberapa lagi bahagian.

Ceritakan serba sedikit mengenai Sabahan Dot My dari segi tujuan dibangunkan, peluang kepada komuniti (tanpa mengira bidang) dan faedahnya.
– Sabahan Dot My dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan lagi bakat-bakat Sabahan,kelab-kelab komuniti,artis-artis Sabah,usahawan-usahawan terutamanya dalam perniagaan internet dan banyak lagi melalui platform online.Kami mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2011 lagi.

Bagaimana tercetus idea untuk membangunkan halaman komuniti Sabahan Dot My.
– Idea Sabahan Dot My ini tercetus apabila saya sendiri melihat terutamanya komuniti serta artis-artis Sabah masih kekurangan platform bagi mempromosikan bakat-bakat mereka kepada umum.Tambahan pula,pada masa kini zaman sudah berubah dan kita tidak dapat nafikan bahawa internet merupakan salah satu medium terpenting dan pantas bagi mempromosikan sesuatu komuniti,bakat-bakat termasuk juga album-album artis. Oleh sebab itu,saya sangat berbesar hati untuk membangunkan Sabahan Dot My,kerana kami bukan sahaja membantu mengembangkan komuniti,bakat-bakat Sabahan,artis-artis Sabah dan usahawan-usahawan Sabahan,malah secara tidak langsung kamu menyatupadukan Sabahan melalui satu bumbung iaitu Sabahan Dot My.

Baiklah itulah sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsikan kepada anda semua.
Saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan Sabahan Dot My 🙂

Sabahan

Sabahan.My Bakal Dilancarkan 2016 ini!

sabahan dot my

Seperti menunggu cahaya mata yang bakal lahir,Khaiz Network bakal melahirkan sebuah laman komuniti khas untuk negeri Sabah 🙂

Laman web ini akan dilancarkan pada 1/1/2016,dan apa yang menarik di dalam laman ini nanti,kami menjanjikan pelbagai isi-isi yang menarik berkaitan Sabahan antaranya sketsa,video-video menarik,tempat-tempat menarik,kehidupan sabahan,artikel-artikel dan banyak lagi.

Menyedari,banyak bakat-bakat menarik dan tidak kurangnya yang terpendam.Kami akan sedaya updaya menyediakan platform yang terbaik untuk mencungkil serta promosikan bakat-bakat ini.

Begitu juga dengan kelab-kelab komuniti yang banyak terdapat di negeri Sabah ini seperti kelab-kelab kereta,motor,hobi,sukan dan banyak lagi.

sabahan

Jika anda belum lagi LIKE fan page Sabahan Dot My, sila LIKE :

https://www.facebook.com/sabahan.my

sabahan.my-500

Nantikan kemunculan kami! Support Sabahan!

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.