Jemputan Sebagai Penceramah (Perniagaan Internet) Oleh JKKN Sabah

JKKN13615

 

Alhamdulillah,pagi tadi(13/6/2015) selesai slot ceramah “Pengenalan Asas Perniagaan Internet” jemputan dari pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah dan University College Sabah Foundation (UCSF).Saya bergandingan bersama tuan Slyvister Iter.

Syukur juga selesai walaupun kurang tidur akibat gempa bumi yang berlaku semalam.Selepas subuh baru dapat tidur kejap.

Semoga ilmu yang disampai dari pihak kami tadi,memberi manfaat kepada mereka yang hadir..Anggaran para peserta tadi dalam 67++ orang.

Bagi yang belum muat turun ebook PERCUMA saya,sila layarihttp://khaiz.net/peniagaonline .

Jemputan Sebagai Penceramah ARAMA ICT Ranau 2014

arama-ict-puis

Baru-baru ini,saya bersama Slyvister (naib pengerusi PUIS) telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah jemputan untuk program ARAMA ICT 2014 yang diadakan di daerah Ranau.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau ini dirasmikan oleh Y.B.Datuk Siringan Gubat,MENTERI PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SABAH.

Slot yang saya bersama Slyvister kendali pula adalah berkaitan dengan asas perniagaan internet.

Antara isi kandungan yang kami berikan ialah pengenalan kepada bisnes internet,usahawan-usahawan internet yang berjaya,cabang-cabang perniagaan internet seperti affiliate,dropship dan banyak lagi.

Semoga bisnes internet ini terus maju di negeri Sabah 🙂

Program 1Nita @ Jom Business Bah (JBB) 2013

1nitax Seminar-1Nita

Pada 27 – 29/4/2013 yang lepas,Saya bersama Persatuan Usahawan Internet Sabah (PUIS) diberi peluang untuk memberi penerangan mengenai asas perniagaan online kepada lebih 200 peserta wanita dalam program 1Nita anjuran bersama MYNIC Berhad.

Memang suatu pengalaman yang menarik bercampur dengan perasaan sedikit gementar ketika memberikan ceramah berkaitan bisnes online kepada para peserta.Tambahan pula,sebelum ini saya belum pernah memberi ceramah kepada usahawan wanita sebanyak itu dalam satu masa.

Alhamdulillah,saya dan seorang lagi rakan saya (iter) akhirnya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan itu.Di dalam kursus tersebut juga,saya sempat bertemu dengan beberapa usahawan yang terkenal iaitu Amirol Zolkifli (pengasas Sistem Affiliate Lite),Zaki Jtc (JomTraining),Shamsul Kamal (pemilik SKSA Technology ) dan banyak lagi.

Semoga akan lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan bersama pada masa akan datang 🙂

 

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.