Cara Semak Gambar Yang Sesuai Untuk Iklan Facebook Ads

Apabila anda ingin membuat pengiklanan di facebook.
Anda perlu pastikan tulisan yang terdapat pada image iklan anda tersebut biasanya tidak melebihi 20% dari jumlah saiz image tersebut.

Jika tidak, iklan anda tersebut tidak akan diterima oleh facebook dan ianya satu yang anda rasa sangat leceh.

Usah risau, terdapat cara bagaimana untuk anda menyemak samada image iklan yang anda hantar kepada facebook “lulus” ataupun tidak dalam pengiklanan facebook.

Apa yang anda perlu lakukan, anda hanya perlu layari pautan facebook di bawah ini untuk menyemak kesesuaian imej anda untuk iklan facebook.

https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

Apabila anda layari pautan link tersebut, anda akan dapat lihat satu ruangan yang membolehkan anda untuk semak imej iklan anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sangat mudah, anda hanya perlu upload imej anda tersebut, anda facebook anda maklumkan kepada anda mengenai status imej tersebut samada ianya sesuai digunakan untuk pengiklanan facebook ataupun tidak.

Jika imej yang anda berikan sangat banyak teks, facebook anda maklumkan kemungkinan besar iklan anda tidak akan diluluskan atapun berjalan dengan baik.

Dan jika imej iklan yang anda upload sesuai dengan kehendak facebook, anda akan dapat lihat mesej dari facebook. “Your advert will run normally“.

Halaman ini tentu sekali membantu anda untuk mengenalpasti imej yang sesuai dan akan diterima oleh facebook semasa anda membuat FB Ads. Jadi anda tidak perlu lagi pening kepala jika asyik imej iklan anda di”reject” oleh facebook selepas ini.

SHARE jika bermanfaat šŸ™‚

 

(Video) Tutorial Cara Membuat Page Facebook 2017

Baiklah, untuk video tutorial kali ini, saya ingin share video tutorial bagaimana cara untuk membuat page facebook.

Jika anda seorang usahawan, adalah sangat penting untuk anda mempromosikan perniagaan anda melalui page. Anda harus ingin akaun profile facebook yang biasa adalah tidak sesuai untuk mempromosikan bisnes malah polisi syarat yang ditetapkan oleh pihak facebook kemungkinan akan menjejaskan akaun facebook jika anda terus mempromosikan perniagaan anda melalui profile facebook.

facebook

Oleh itu, jika anda serius untuk melakukan perniagaan di laman sosial facebook, pastikan anda belajar untuk membuat page facebook anda sendiri.

Untuk membuat page facebook adalah sangat mudah sekali, dalam artikel kali ini, saya sertakan sekali kepada anda bagaimana cara untuk membuat page facebook bisnes anda melalui video tutorial, selamat mencuba šŸ™‚

 

Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone

Fan Page

Pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda Tutorial Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone anda.Saya pasti kebanyakkan daripada anda mempunyai facebook masing-masing,terutamanya mereka yang ingin membuat bisnes online.

Facebook merupakan salah satu medium terbaik pada masa kini untuk mempromosikan produk-produk anda.Dan yang paling penting sekali,sebagai seorang usahawan,anda harus tahu bagaimana cara untuk membuat fan page facebook anda.

Kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda.

Saya andaikan yang anda telah mempunyai akaun facebook peribadi anda sendiri.

1. Pertama sekali,klik pada simbol yang terletak pada tepi kanan aplikasi facebook di telefon pintar anda (rujuk gambar).
fan page

2. Kemudian,pada bahagian “Pages“,klik See All.
2

3.Selepas itu,klik butang “Create Page“.
3

4. Kemudian,masukkan nama syarikat ataupun nama fan page yang anda inginkan,dan pilih kategori yang sesuai untuk bisnes / fan page anda.

4

5

6

5. Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki pada bahagian ini,kemudian klik butang “Save Info” ataupun anda boleh lakukan ianya kemudian,klik butang Skip.

7
6. Masukkan gambar profile page anda termasuk cover photo fan page anda.

8

10

Selesai!Ā Anda telah berjaya membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda!

Insyallah,pada tutorial akan datang saya akan kongsikan lagi beberapa tutorial serta tips khas untuk usahawan online terutamanya.

Fan Page

5 Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu (Scammer) #1

Peniaga Online Facebook

Peniaga Online Facebook

Sebagai seorang pembeli yang bijak,anda harus tahu membezakan peniaga online facebook yang betul-betul serius menjual di facebook ataupun hanya untukĀ “mencuri” duit anda sahaja.

Apa yang saya dapat lihat sendiri,masih banyak pembeli-pembeli di luar sana yang tertipu ketika membeli secara online terutamanya melalui facebook. Adakah kerana mereka tidak memahami ataupun tidak mengetahui ciri-ciri peniaga online facebook yang palsu dan hanya ingin menipu wang mereka? Ya mungkin juga…

scammer

Dalam artikelĀ Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu (Scammer) #1 ini,saya akan fokus kepada 5Ā ciri-ciri penting peniaga online facebook yang menipu terlebih dahulu dan akan tambahkan lagi pada artikel yang akan datang.

Sebelum anda membuat pembelian dari seseorang penjual di facebook,pastikan anda memeriksa terlebih dahulu akaun facebook si “penjual” tersebut.Ini bagi memastikan anda tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan ini.

DSCN9044

1. Facebook ProfileĀ Penjual Meragukan?

facebook-blank-profile-screenshot

Periksa keseluruhan facebook si penjual,mungkin anda rasa ini hanya membuang masa anda,tetapi jika anda tidak ingin menjadi salah seorang mangsa penipuan,anda harus memeriksa keseluruhan facebook si penjual tersebut termasuk komen,post dan lain-lain.

Jika anda rasa “pelik” semacam mungkin anda harus fikir dua kali samada terus ingin membeli dari peniaga tersebut atau cari peniaga-peniaga online di luar sana yang mungkin lebih boleh dipercayai.

 

2. Facebook Profile Baru Dibuat.

facebook-new-account-registration

Salah satu ciri-ciri peniaga online yang cuba menipu ialah facebook profile mereka baru sahaja dibuat dan jumlah rakan-rakan facebook mereka hanya sedikit. Mungkin anda boleh katakan,terdapat juga peniaga online yang “benar” tetapi baru sahaja buat akaun facebook..YaĀ sudah tentu anda,tetapi yang ingin menipu pun banyak juga,anda ingin tanggung risiko?

Daripada anda membeli dengan peniaga online facebook yang baru sahaja cipta akaun facebooknya 1 – 2 bulan lepas,tentu lebih baik anda membeli dari peniaga-peniaga online yang lebih diyakini dan mempunyai testimoni pelanggan sebaiknya.

 

3. Mempunyai Rakan Facebook Sedikit.

facebook-friends2

Seorang peniaga online yang menggunakan facebook profileĀ untuk menjual,tentu sekali akan berusaha memperbanyakkan rakan-rakan facebook mereka semaksimum yang mungkin.

Tetapi jika anda jumpa akaun peniaga yang hanya mempunyai 200 ke bawah,100 ke bawah,50 orang ke bawah….Hati-hati & Fikir Masak-masak. šŸ˜€

 

4. Menggunakan Gambar Facebook Profile Yang Meragukan.

profile-default

Peniaga online yang memangĀ “berniat” untuk menipu,tentu sekali tidak akan menggunakanĀ gambar sebenar mereka untuk diletakkan ke dalam akaun facebook mereka.

Kebiasaannya mereka akan “mencuri” mana-mana gambar profile mangsa lain dan letakkan ke dalam facebook palsu mereka.Ada juga mereka yang akan mencuri gambar-gambar gadis yang comel,kiut,cantik di facebook profile mereka supaya lebih mudah menjerat lelaki-lelaki untuk membeli..Rasanya jual ubat kuat untuk lelaki confirm banyak yang membeli…haha…

Terdapat juga mereka menggunakan gambar-gambar lain,seperti gambar pemandangan,gambar produk,gambar kereta…Walaupun saya pasti bukan semua yang menggunakan gambar seperti ini peniaga online yang menipu,anda harus gabungkan dengan ciri-ciri yang saya berikan sebelum ini.Terpulang kepada anda….

 

5. Menawarkan Sesuatu Produk Dengan Harga Yang “Tidak Logik” Di Facebook.

price

Sebagai seorang pembeli yang bijak,anda harus meneliti kesemua sudut termasuk harga yang ditawarkan penjual kepada anda. Jangan kerana harga yang ditawarkan adalah sangat murah sehingga tidak masuk akal,anda terperangkap di dalam permainan ini…

Seorang peniaga online yang cuba menipu,mungkin sahaja akan meletakkan harga yang sangat murah sehingga tidak masuk akal.Ini bagi memudahkan lagi mereka menarik perhatian para pembeli “tertipah-tertipu” untuk terus membeli tanpa memikir panjang.

Contohnya,jika saya menjual sebuah iPhone 6 32GB ORIGINAL(BARU) TERHAD 5 Buah Sahaja SIAPA CEPAT DIA DAPAT dengan harga RM550…Adakah anda tertarik untuk membeli? Jika YA!Ā Anda mempunyai risiko untuk ditipu…hahah… šŸ˜€

 

Baiklah,ini sahaja tips panduan yang saya berikan untuk anda kali ini,insyallah pada artikel yang akan datang,saya akan tambah lagi beberapaĀ Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu dan juga beberapa lagi teknik penipuan yang lain.

Jika anda rasa artikel ini berguna untuk anda,mohon komen “Terima Kasih” di ruangan komen šŸ™‚

Peniaga Online Facebook

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.