(Video) Tutorial Cara Membuat Page Facebook 2017

Baiklah, untuk video tutorial kali ini, saya ingin share video tutorial bagaimana cara untuk membuat page facebook.

Jika anda seorang usahawan, adalah sangat penting untuk anda mempromosikan perniagaan anda melalui page. Anda harus ingin akaun profile facebook yang biasa adalah tidak sesuai untuk mempromosikan bisnes malah polisi syarat yang ditetapkan oleh pihak facebook kemungkinan akan menjejaskan akaun facebook jika anda terus mempromosikan perniagaan anda melalui profile facebook.

facebook

Oleh itu, jika anda serius untuk melakukan perniagaan di laman sosial facebook, pastikan anda belajar untuk membuat page facebook anda sendiri.

Untuk membuat page facebook adalah sangat mudah sekali, dalam artikel kali ini, saya sertakan sekali kepada anda bagaimana cara untuk membuat page facebook bisnes anda melalui video tutorial, selamat mencuba ūüôā

 

Seminar Bisnes Online COOPStay / COOPIstac Sabah

Koperasi Pelancongan


Pada 23 Sept 2016 yang lepas, saya dijemput oleh pihak ANGKASA Sabah untuk memberikan bengkel berkenaan pengenalan bisnes online kepada 15 koperasi pelancongan terpilih di Sabah.Program kali ini bertempat di Walai Tokou Homestay,Kundasang,Sabah.

khairilizwanx

Slot bengkel ringkas kali ini adalah berlangsung selama 2 jam dari pukul 8.30 pm – 10.30pm (walaupun sebenarnya terlebih sejam hehe…). Para peserta bengkel begitu semangat ketika bengkel ringkas ini dijalankan,kebanyakkan mereka ingin mengetahui bagaimana cara untuk meng”online”kan perniagaan mereka.

Oleh kerana,wakil-wakil koperasi pelancongan yang hadir telah mempunyai perniagaan mereka sendiri,slot bisnes online kali ini saya lebih fokuskan kepada bagaimana cara untuk mereka meng”online”kan perniagaan mereka.Walaupun masa yang diperuntukkan hanya 2 jam sahaja,saya sedaya upaya memberikan pengenalan ilmu-ilmu bisnes online yang sesuai untuk perniagaan mereka.

koperasi pelancongan

khairilizwan jamros

Insyallah,jika diberi peluang dalam tempoh yang panjang mengadakan bengkel khas¬†bisnes online khas untuk koperasi-koperasi pelancongan Sabah,lebih banyak lagi bahan-bahan yang pihak kami dapat kongsikan kepada para peserta pada masa akan datang ūüôā

Salam sukses!

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah,Malaysia
www.khairilizwan.com

Koperasi Pelancongan

Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone

Fan Page

Pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda Tutorial Cara Membuat Fan Page FB Melalui Mobile Phone anda.Saya pasti kebanyakkan daripada anda mempunyai facebook masing-masing,terutamanya mereka yang ingin membuat bisnes online.

Facebook merupakan salah satu medium terbaik pada masa kini untuk mempromosikan produk-produk anda.Dan yang paling penting sekali,sebagai seorang usahawan,anda harus tahu bagaimana cara untuk membuat fan page facebook anda.

Kali ini,saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda.

Saya andaikan yang anda telah mempunyai akaun facebook peribadi anda sendiri.

1. Pertama sekali,klik pada simbol yang terletak pada tepi kanan aplikasi facebook di telefon pintar anda (rujuk gambar).
fan page

2. Kemudian,pada bahagian “Pages“,klik See All.
2

3.Selepas itu,klik butang “Create Page“.
3

4. Kemudian,masukkan nama syarikat ataupun nama fan page yang anda inginkan,dan pilih kategori yang sesuai untuk bisnes / fan page anda.

4

5

6

5. Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki pada bahagian ini,kemudian klik butang “Save Info” ataupun anda boleh lakukan ianya kemudian,klik butang Skip.

7
6. Masukkan gambar profile page anda termasuk cover photo fan page anda.

8

10

Selesai! Anda telah berjaya membuat fan page facebook melalui telefon pintar anda!

Insyallah,pada tutorial akan datang saya akan kongsikan lagi beberapa tutorial serta tips khas untuk usahawan online terutamanya.

Fan Page

Nak BERJAYA? Cari MENTOR Anda!

Mentor

mentor
Fiq Mentor 2 memang mempunyai suara yang merdu dan sedap,tetapi bukan MENTOR itu yang kita cari di sini..

MENTOR yang anda perlu cari di sini ialah mentor yang akan membawa anda ke arah kejayaan dalam bisnes anda.Bukan dengan bisnes offline sahaja,tetapi dalam bisnes internet juga anda perlu mencari MENTOR anda sendiri..

JANGAN TUNGGU SEHINGGA MENTOR YANG CARI ANDA..
:: Jika kita dahagakan ilmu,kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.Jangan kita tunggu mengharapkan Mentor yang cari anda..Mereka banyak kerja lain,dan mereka hanya akan nampak kesungguhan anda jika anda mencari mereka di mana sahaja mereka berada.

Ya! Mungkin saja anda boleh belajar tanpa mentor,saya pun sendiri mempunyai kesukaran untuk mencari mentor dan belajar depan-depan dalam bisnes online kerana masih kurang tempat yang kita boleh menuntut ilmu internet marketing ini di Sabah,mahu ataupun tidak,saya TERPAKSA “melantik” diri saya sendiri untuk menjadi “mentor sementara”,walaupun sebenarnya belum layak lagi..

Dan macam biasalah,tanpa MENTOR,laluan 1km kalau tanpa MENTOR boleh jadi 300km..tu belum lagi,kalau enjin rosak..silap-silap boleh “berhenti” di tepi jalan.

Jadi ingin berjaya lebih cepat? cari MENTOR anda!

#khairilizwan #khaiz #mentor #internetmarketing #im #bisnesonline

Mentor

Kursus & Terapi Ruqyah Syar’iyah

Ruqyah Syar’iyah

Ruqyah Syar\'iyah

Alhamdulillah,pada 29 – 30/8/2015 yang lepas,saya telah mengikuti¬†Kursus & Terapi Ruqyah Syar’iyah anjuran¬†Rehab Hati & Quranic Healing Sabah.Kursus ini disampaikan oleh Ustaz Eri Abdul Rohim¬†(anda boleh¬†tonton video beliau melalui¬†https://www.youtube.com/user/EriAbdulRohim).

Ini adalah salah satu video ustaz Eri Abdul Rohim :

Syukur alhamdulillah,setelah beberapa kali sebelum ini ada sahaja halangan untuk mengikuti kursus ini,akhirnya Allah SWT permudahkan saya untuk mengikuti kursus yang diadakan selama 2 hari ini di Masjid An-Nur Kg.Cenderakasih,Kota Kinabalu,Sabah.

20wwwa150830064443

 

Kursus & Terapi Ruqyah Syar’iyah ini sangat bermanfaat sekali dan Ustaz Eri mengajar banyak teknik-teknik ruqyah termasuk ruqyah mandiri (untuk ruqyah¬†diri sendiri).

Antara topik-topik yang diajar di dalam kursus ini ialah :

  • Kunci meraih kesihatan hakiki.
  • Ciri-ciri dan sebab gangguan jin.
  • Mendapat kesembuhan sempurna.
  • Membangun benteng ghaib.
  • Pembersihan jiwa.
  • terapi ruqyah mandiri.

2015083006aaa4443 201508300644aa43 201508301106aa4443 20150830064443s 201508300263838

 

Bagi mereka yang berminat ataupun mempunyai masalah gangguan dari jin terutamanya,boleh mengikuti kursus ini dan semoga Allah SWT akan mempermudahkan segalanya untuk kita.Insyallah.

FB Ustaz Eri Abdul Rohim : https://www.facebook.com/eriabdulrohim

Ruqyah Syar’iyah

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.