Tutorial Cara Menambah 5 Akaun Dalam Instagram Anda!

Tidak dapat dinafikan lagi, Instagram kini menjadi salah satu senjata yang hebat untuk pemasaran perniagaan anda. Bahkan, ada antara usahawan di luar sana mengaut ribuan ringgit dengan hanya mempromosikan perniagaan mereka melalui platform Instagram.

Namun, apa yang saya lihat sendiri, banyak usahawan-usahawan di luar sana masih mencampur aduk kandungan peribadi dan juga bisnes mereka dalam satu akaun instagram bisnes mereka.

Hal ini akan menyebabkan akaun rasmi instagram untuk bisnes anda akan kelihatan kurang profesional dan proses untuk anda menjenamakan bisnes anda akan menjadi lambat.

 

Tahukah anda,  kini anda boleh mengurus 5 akaun dalam Instagram anda sekaligus?

Ya, apa yang saya dapat lihat sendiri, masih terdapat ramai mereka di luar sana terutamanya usahawan tidak mengetahui yang anda boleh menambah 5 akaun dalam Instagram anda.Jadi dengan adanya fungsi ini, anda boleh mengasingkan akaun peribadi instagram anda dan juga bisnes anda.

Baiklah untuk menambah banyak akaun dalam instagram anda, sila ikuti tutorial ini :


1 – Pertama sekali, melalui instagram anda, klik pada icon titik seperti dalam gambar rajah.

2 – Kemudian, klik pada “Add Account“.

3 – Masukkan username dan juga katalaluan akaun instagram anda yang lain. Jika belum ada akaun, anda boleh membuat akaun baru instagram anda.

4 – Selesai! Kemudian, anda boleh klik di tepi kiri akaun instagram anda dan anda akan dapat lihat dan pilih akaun instagram yang anda ingin uruskan.

Selamat mencuba!

 

[Video] Cara Sambungkan Peranti Anda Tanpa Perlu Bateri

Pernahkah peranti anda seperti telefon pintar atau modem 3g yang menggunakan bateri mengalami masalah?

Jika Ya! sudah tentu perkara ini leceh kerana anda perlu mencari bateri baru untuk tukar dan lebih bermasalah lagi jika anda susah mendapatkan bateri untuk model peranti anda tersebut.

Ya itu juga yang berlaku kepada saya sebelum ini,saya pernah membeli sebuah modem 3g DLINK DWR-730 dan yang menjadi masalah adalah apabila bateri modem tersebut mula bermasalah terutamanya untuk cas.

 

Alhamdulillah, dengan melakukan sedikit pengubahsuaian, modem tersebut dapat digunakan kembali.

Baiklah untuk mengetahui bagaimana cara saya mengubahsuai peranti ini supaya boleh gunakan tanpa perlu bateri, anda boleh tonton video tutorial tersebut di atas.

 

 

Buka Pasang Serta Membersihkan Laptop Toshiba L510

Toshiba L510

Assalamualaikum para pembaca,

Kali ini,saya ingin bercerita mengenai sebuah laptop Toshiba L510. Laptop ini merupakan milik salah seorang  daripada pelanggan saya.

Sering kali,kita terlepas pandang untuk melakukan penjagaan dalaman untuk laptop kita.Kebiasaannya,kita hanya melakukan “reformat” jika terdapat sebarang kerosakan sistem ataupun “slow” ketika kita menggunakan laptop kita.

Selain itu juga,apa yang saya lihat sendiri,tidak semua kedai komputer menyediakan perkhidmatan untuk membuka pasang komponen laptop ini,mungkin juga disebabkan membuka komponen laptop ini agak “leceh” dan perlukan sedikit kepakaran khusus berbeza dengan membaiki pc biasa.

Toshiba L510

20150828103127

20150828103127 (3)

Habuk ini juga boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan laptop anda rosak.Habuk tebal yang melekat pada kipas laptop kebiasaannya akan menyebabkan aliran udara pada laptop tersebut tidak dapat bekerja seperti kebiasaannya.Terutamanya jika laptop anda sentiasa terdedah kepada persekitaran yang terbuka dan berhabuk.

Oleh itu,apa yang anda perlu lakukan ialah sekali sekala(jika boleh 2 kali setahun),anda harus menghantar laptop anda untuk di”servis”. Anggaran untuk servis ini pula kebiasaannya RM50 – RM150 (tak termasuk GST hehe…)

20150828083501

20150828103126 (1)

Ini adalah komponen dalaman bagi laptop Toshiba L510.Laptop ini boleh dikatakan sedikit sukar untuk dibuka berbanding laptop-laptop yang lain.Tak hairanlah jika laptop ini juga saya lihat agak tahan lasak.

🙂

Toshiba L510

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.