Seminar Pemasaran Internet (siri2/2017) @ Kota Kinabalu

Alhamdulillah, setelah kejayaan mengadakan seminar pemasaran internet kali-1 / 2017 pada hujung Feb 2017 yang lepas, kini atas permintaan, kami mengadakan lagi seminar pemasaran internet untuk siri ke-2.

Seminar yang lepas, kami mendapat banyak maklumbalas yang positif terutamanya dari para usahawan-usahawan di luar sana. Walaupun seminar tersebut diadakan di Kota Kinabalu, tetapi terdapat juga peserta yang datang dari Tawau, Keningau & Ranau semata-mata untuk hadir ke seminar tersebut.

Anda boleh lihat artikel penuh mengenai seminar yang lepas melalui :

Seminar Pemasaran Internet Sabah (Feb 2017)

Hye Usahawan Sabah! Pendaftaran Dibuka!
Seminar Pemasaran Internet (Sabah) Siri 2/2017

Apa Yang Anda Pelajari??? :

  • Asas Pemasaran Internet..
  • Teknik “Online”kan Bisnes Anda.
  • Kaedah Santai “Branding” Bisnes Anda.
  • DAN BANYAK LAGI RAHSIA PEMASARAN INTERNET AKAN DIKONGSI…

Tarikh : 01hb April 2017
*Masa : 9am – 330pm*
*Tempat : Bilik Seminar Tekun, Harbor City*

Penceramah :
Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah, Malaysia
Pengasas Khaiz Group & Sabahan Dot My
http://khaiz.com

Yuran : RM89/pax
(Termasuk hidangan ringan)

PERCUMA
Panduan & Tool Online Marketing.

Tempat Terhad!!
Daftar & Info Lanjut :
0146757711 (DZARINA)
(Whatsapp/SMS)

Sila klik :
 http://usahawansabah.com

Seminar Pemasaran Internet Sabah (Feb 2017)

Alhamdulillah, 25 Feb 2017 yang lepas, selesai program Seminar Pemasaran Internet (Siri 1/2017) yang dijalankan oleh Khaiz Group hasil kerjasama bersama Dana Sari.

Seminar ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai pemasaran internet terutamanya kepada usahawan-usahawan di Sabah.

Syukur, walaupun ini merupakan kali pertama untuk tahun 2017 dan juga boleh dikatakan kemunculan saya kembali dalam dunia perniagaan internet ini sejak hampir sekian lama sibuk membangunkan tiang-tiang utama Khaiz Group, boleh dikatakan program seminar pemasaran internet untuk feb 2017 ini sangat berjalan dengan lancar.

Apa yang amat mengagumkan saya, peserta-peserta yang datang bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu tetapi ada juga yang datang dari jauh seperti di Tawau,Ranau dan Keningau serta kebanyakkan daripada mereka langsung tidak mengenali atau mengikuti perkembangan diri saya sebelum ini.

Yang pastinya, mereka semua sangat mendahagakan ilmu pemasaran internet yang sudah tentu pada masa kini ilmu ini sangat penting untuk para usahawan di luar sana. Pada awal program, saya mengambil sedikit masa untuk mengadakan sesi suai kenal kepada mereka semua. Dengan mengetahui sedikit latar belakang mereka, memudahkan lagi untuk saya menyelami sekaligus mengenali mereka dengan lebih dekat.

Mengikut perancangan awal, program sepatutnya bermula jam 9 pagi dan dianggarkan tamat pada jam 1 petang. Namun, oleh kerana peserta-peserta yang hadir sangat bersemangat, program tersebut tamat lebih kurang jam 4.15 petang.

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut ialah :

  • Asas perniagaan internet (secara terperinci dan santai).
  • Cara mencipta serta meningkatkan “branding” bisnes dan diri anda.
  • Kaedah “online”kan perniagaan anda secara santai.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut. Program tersebut berlangsung dengan sangat santai dan peserta-peserta yang hadir juga saling berkongsi pengalaman serta ilmu mereka kepada peserta yang lain. Apa yang lebih penting, mereka juga mendapat rakan-rakan baru di dalam seminar ini.

Alhamdulillah, saya juga mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta yang hadir selepas tamat seminar tersebut. Kebanyakkan daripada mereka juga bercadang untuk mengikuti bengkel susulan pada masa akan datang.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program dari saya, boleh subscribe percuma :

Pendaftaran SEMINAR USAHAWAN INTERNET (Siri 1/2017)

:: SEMINAR USAHAWAN INTERNET ::
(Anjuran bersama Khaiz Group & Dana Sari)
.
Apa Yang Anda Pelajari :
? Asas Pemasaran Internet.
? Teknik “Online”kan Bisnes Anda.
? Kaedah Santai “Branding” Bisnes Anda.
? Cara Mudah Membina Ayat Pemikat Jualan.

Tarikh : 25 Feb 2017
Masa : 9am – 1pm (4 Jam)
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah
(Tempat akan dimaklumkan kemudian)

Penceramah :
Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah, Malaysia
Pengasas Khaiz Group & Sabahan Dot My

Home

Yuran : RM59/orang
(Termasuk hidangan ringan)

BONUS MISTERI!
=> PERCUMA! Panduan & Tool Online Marketing.
.
Tempat Terhad!!
(Tarikh Tutup Pendaftaran : 20 Feb 2017)
Daftar & Info Lanjut :
014 – 675 7711 – Dzarina (Whatsapp/SMS)

Seminar Bisnes Online COOPStay / COOPIstac Sabah

Koperasi Pelancongan


Pada 23 Sept 2016 yang lepas, saya dijemput oleh pihak ANGKASA Sabah untuk memberikan bengkel berkenaan pengenalan bisnes online kepada 15 koperasi pelancongan terpilih di Sabah.Program kali ini bertempat di Walai Tokou Homestay,Kundasang,Sabah.

khairilizwanx

Slot bengkel ringkas kali ini adalah berlangsung selama 2 jam dari pukul 8.30 pm – 10.30pm (walaupun sebenarnya terlebih sejam hehe…). Para peserta bengkel begitu semangat ketika bengkel ringkas ini dijalankan,kebanyakkan mereka ingin mengetahui bagaimana cara untuk meng”online”kan perniagaan mereka.

Oleh kerana,wakil-wakil koperasi pelancongan yang hadir telah mempunyai perniagaan mereka sendiri,slot bisnes online kali ini saya lebih fokuskan kepada bagaimana cara untuk mereka meng”online”kan perniagaan mereka.Walaupun masa yang diperuntukkan hanya 2 jam sahaja,saya sedaya upaya memberikan pengenalan ilmu-ilmu bisnes online yang sesuai untuk perniagaan mereka.

koperasi pelancongan

khairilizwan jamros

Insyallah,jika diberi peluang dalam tempoh yang panjang mengadakan bengkel khas bisnes online khas untuk koperasi-koperasi pelancongan Sabah,lebih banyak lagi bahan-bahan yang pihak kami dapat kongsikan kepada para peserta pada masa akan datang 🙂

Salam sukses!

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah,Malaysia
www.khairilizwan.com

Koperasi Pelancongan

Jemputan Sebagai Penceramah (Perniagaan Internet) Oleh JKKN Sabah

JKKN13615

 

Alhamdulillah,pagi tadi(13/6/2015) selesai slot ceramah “Pengenalan Asas Perniagaan Internet” jemputan dari pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah dan University College Sabah Foundation (UCSF).Saya bergandingan bersama tuan Slyvister Iter.

Syukur juga selesai walaupun kurang tidur akibat gempa bumi yang berlaku semalam.Selepas subuh baru dapat tidur kejap.

Semoga ilmu yang disampai dari pihak kami tadi,memberi manfaat kepada mereka yang hadir..Anggaran para peserta tadi dalam 67++ orang.

Bagi yang belum muat turun ebook PERCUMA saya,sila layarihttp://khaiz.net/peniagaonline .

Jemputan Sebagai Penceramah ARAMA ICT Ranau 2014

arama-ict-puis

Baru-baru ini,saya bersama Slyvister (naib pengerusi PUIS) telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah jemputan untuk program ARAMA ICT 2014 yang diadakan di daerah Ranau.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau ini dirasmikan oleh Y.B.Datuk Siringan Gubat,MENTERI PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SABAH.

Slot yang saya bersama Slyvister kendali pula adalah berkaitan dengan asas perniagaan internet.

Antara isi kandungan yang kami berikan ialah pengenalan kepada bisnes internet,usahawan-usahawan internet yang berjaya,cabang-cabang perniagaan internet seperti affiliate,dropship dan banyak lagi.

Semoga bisnes internet ini terus maju di negeri Sabah 🙂

Program 1Nita @ Jom Business Bah (JBB) 2013

1nitax Seminar-1Nita

Pada 27 – 29/4/2013 yang lepas,Saya bersama Persatuan Usahawan Internet Sabah (PUIS) diberi peluang untuk memberi penerangan mengenai asas perniagaan online kepada lebih 200 peserta wanita dalam program 1Nita anjuran bersama MYNIC Berhad.

Memang suatu pengalaman yang menarik bercampur dengan perasaan sedikit gementar ketika memberikan ceramah berkaitan bisnes online kepada para peserta.Tambahan pula,sebelum ini saya belum pernah memberi ceramah kepada usahawan wanita sebanyak itu dalam satu masa.

Alhamdulillah,saya dan seorang lagi rakan saya (iter) akhirnya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan itu.Di dalam kursus tersebut juga,saya sempat bertemu dengan beberapa usahawan yang terkenal iaitu Amirol Zolkifli (pengasas Sistem Affiliate Lite),Zaki Jtc (JomTraining),Shamsul Kamal (pemilik SKSA Technology ) dan banyak lagi.

Semoga akan lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan bersama pada masa akan datang 🙂

 

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.