
Sebenarnya tu pertama kali datang ke semenanjung dan pertama kali juga naik kapal terbang. ?? Sampai di KL waktu tu dengan family juga. Sewaktu lapor diri memang “blurr” juga, sebab masa tu memang ramai orang dan saya belum pandai cakap “slang” KL..Sampailah tiba-tiba saya ternampak seseorang yang juga rasanya senior saya waktu di S.M.Teknik Likas dulu.. Cuma waktu tu kurang yakin, takut pelanduk dua serupa.

Alhamdulillah, rezeki saya sebagai penjawat awam cuma sampai 12 tahun sahaja. Tanpa sengaja”termasuk” kerja kerajaan secara tidak sengaja sebab ikut kawan-kawan isi SPA8 dulu dan lulus temuduga. Padahal dulu impian mahu seperti kawan-kawan seumur yang lain sambung belajar dan dari dulu sudah teringin buat bisnes sendiri.
Sepanjang berada di sektor kerajaan ini sebenarnya banyak perkara yang saya belajar, yang mungkin bukan semua orang tidak dapat. Apabila saya mula buat Khaiz Empire, saya tahu saya sudah jumpa dunia saya yang sebenar. Saya tahu, saya tidak lama dalam sektor kerajaan. Jasad saya pakai baju batik hari khamis, tapi jiwa saya usahawan.
[Jangan Berhenti Kerja Sebab Kita Benci Bos Kita]
Sampai satu masa, apabila saya mula belajar BERSYUKUR untuk menerima tempat dimana saya bekerja. Allah aturkan jalan.
Lepas dapat restu dari ibubapa, saya ambil keputusan letak jawatan sepenuhnya sebagai penjawat awam biarpun bos waktu tu antara paling baik pernah saya dapat, dan tempat kerja yang santai. Yang penting sudah pernah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sekali ?. Kali ini, biar Allah yang atur dan pilih yang terbaik untuk jalan hidup kita.
Jujurnya, waktu keluar gov dan sepenuhnya fokus bisnes, diri saya tidak terkejut langsung pun perubahan suasana kerja sebab saya sudah latih mental dan jiwa hampir 7 tahun sebelum yakin sepenuhnya ambil keputusan berat melepaskan jawatan. Alhamdulillah, saya sudah jumpa jiwa saya yang sebenar, jalan yang tepat saya pilih.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang mengenali saya dulu di sektor kerajaan selama ini. SKT jangan lupa isi.
Sebenarnya ini baru permulaan perjalanan selepas berhenti kerja kerajaan, selepas itu ada part lebih mencabar lagi..