Akan Datang! Sistem Untuk Usahawan.. Mimevo!

mimevo

Alhamdulillah,sedang test sistem jualan + affiliate terbaru dari tuan Amirol Zolkifli iaitu Mimevo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,terima kasih kerana kepada bro amirol memberi peluang antara yang terawal mencuba sistem ini.
.
Insyallah,saya akan gunakan sistem ini untuk sistem jualan bagi Khaiz Group dan sekarang dalam proses untuk mencuba sistem ini bagi produk terbaru Khaiz Group yang akan dilancarkan penghujung bulan ini iaitu Mini Web Usahawan.
.
Secara peribadi,saya sangat berpuas hati dengan sistem ini dan sangat syorkan kepada usahawan-usahawan di luar sana untuk mendapatkan sistem ini nanti.Saya telah melakukan pemasangan sistem ini ke dalam server saya sendiri dan proses pemasangannya pun mudah dan mesra.
.
Antara ciri-ciri menarik dalam sistem Mimevo ini,
– Proses pemasangan mudah dan tidak memeningkan.
– Paparan halaman admin menarik dan kemas.
– Mesra pengguna dan juga “mobile”.
– Sistem sangat mesra dan sesuai untuk usahawan-usahawan malaysia.
– Sistem affiliate yang menarik dan kemas (beberapa fungsi terbaru akan ditambah dari semasa ke semasa).
– Fungsi “Payment Gateways” akan dilengkapi dengan senangpay,paypal dan banyak lagi.
– autogenerate invoice dan id invoice sekali.
– Terdapat fungsi update jika terdapat kemaskini terkini dari pihak support.
– Support terbaik semestinya dari team tuan Amirol Zolkifli termasuk bosnya sekali ehhe..
– Dan banyak lagi la… (sukar digambarkan dengan kata-kata hehe..)
.
Insyallah,sama-sama kita tunggu ya pelancaran produk ini…Dan jangan lupa grab satu sistem ini untuk memudahkan pengurusan bisnes anda.

mimevo-2 mimevo-3

Program Usahawan SKILLPRENEUR – Slot Bisnes Online

Alhamdulillah,selesai menjayakan slot asas bisnes online yang dikendalikan oleh saya sendiri bersama Khaiz Network selama 4 jam melalui Program Usahawan SKILLPRENEUR – Slot Bisnes Online yang diadakan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah (KBS),Putatan,Sabah.

Sedikit huraian ringkas mengenai yang dijalankan ini :
– Pelajar terdiri lebih kurang 30 orang dari IKBN Kinarut,Sabah.
– Hampir keseluruhan peserta yang mengikuti slot ini,masih “0” mengenai bisnes online.
– Saya ambil pendekatan,1 jam berikan sedikit penerangan mengenai bisnes online dan selebihnya membuat tugasan dalam kumpulan.
– Syukur,semua semangat dengar penerangan,walaupun pada mulanya masih “blur” mengenai bisnes online.

:: TUGASAN ::
– Dipecahkan kepada 3 kumpulan.
– Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat syarikat/kedai “dummy” mereka sendiri.
– Buat nama syarikat,logo,domain,dan macam2 lagi.
– Buat fan page untuk syarikat mereka (Tutorial cara buat fanpage melalui telefon pintar diberikan).
– Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kaedah promosi mereka secara online.
– Setiap kumpulan sangat TEKUN dan SERONOK menyiapkan tugasan.Kelas habis jam 4 petang,hampir jam 6 baru berenti..itu pun kena suruh berhenti eheh..
– Setiap kumpulan memberi penerangan mengenai syarikat “dummy” mereka.Macam-macam gelagat dan idea menarik yang mereka pelajari secara tidak langsung ketika membuat tugasan yang diberikan.
– Alhamdulillah,hampir kesemuanya dari mereka “faham” asas bisnes online,faham sikit-sikit pun satu permulaan yang baik.

Untuk slot Affiliate & Dropship,hanya dapat berikan sedikit pengenalan sahaja..Masa sangat tidak mengizinkan dan terhad,itupun terlajak sedikit dari jam 10 ke jam 10 lebih.

20151123074246

Insyallah,bisnes online di Sabah akan terus berkembang dari semasa ke semasa.Dan kami dari Khaiz Network akan sentiasa memberikan kemampuan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan ini di negeri di bawah bayu ini¬†ūüôā

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah
No.Tel : 0198616716
https://khairilizwan.com

10 Perkara Asas Affiliate

Slide14

Dalam artikel sebelum ini,anda telah diberikan penerangan mengenai apa itu affiliate.

Dan di dalam artikel kali ini,saya akan memberikan anda¬†10 perkara asas mengenai Pemasaran Affiliate.Perkara ini adalah penting sebelum anda “mengasah” lebih lanjut lagi pemasaran Affiliate anda.

Berikut merupakan 10 perkara asas mengenai Affiliate :

Slide15

Memilih Satu Niche

niche-affiliate

  • Apa itu Niche? Hmmm…Senang nak cakap,niche tu dalam bahasa melayunya adalah “Bidang“. Jadi dalam pemasaran Affiliate,anda harus mencari bidang yang anda inginkan.Kuasai satu bidang terlebih dahulu contohnya niche buat duit,niche wanita,niche kesihatan dan lain-lain.

Mencari Produk Affiliate Yang Bermutu Tinggi.

affiliate-product-selection

  • Walaupun terdapat banyak produk-produk yang menawarkan Affiliate,anda harus mencari produk Affiliate yang bermutu tinggi.Ini bagi memudahkan anda mempromosikan produk tersebut serta menjaga nama baik anda sendiri.
  • Bayangkan jika anda mempromosikan produk yang anda sendiri kurang yakin dengan produk tersebut,sudah tentu ianya mampu merosakkan nama anda dan membuatkan pelanggan-pelanggan anda kurang yakin dengan produk affiliate yang anda tawarkan pada masa akan datang.

Bina Website Bagi Setiap Niche

websites

  • Sebaiknya,anda sediakan sekurang-kurangnya satu website untuk setiap niche Affiliate anda. Contohnya jika anda ingin membuat pemasaran Affiliate untuk niche kesihatan,anda boleh membuat satu website atau blog khas untuk niche tersebut.
  • Jika anda tidak pandai membuat website,anda boleh mengupah orang lain ataupun anda boleh mendapatkan panduan untuk belajar cara membina laman web DI SINI.

Bajet Promosi

Stacks of coins with the word BUDGET isolated on white background

  • Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah percuma untuk mempromosikan pemasaran Affiliate anda.Namun sudah pasti,ianya akan mengambil sedikit masa untuk anda menjana pendapatan melalui kaedah percuma dan memerlukan kerajinan anda.
  • Namun,jika anda ingin menjana pendapatan lebih ¬†cepat melalui Affiliate,anda boleh memperuntukan sedikit bajet anda untuk tujuan promosi.
  • Jika anda mengatur dengan teliti bajet promosi anda,sudah tentu anda dapat mengira kos promosi anda dan juga jumlah keuntungan anda¬†dalam pemasaran Affiliate.

Tarik Pelanggan Ke Website

Customer-Relationship

  • Baiklah setelah anda mempunyai laman web untuk mempromosikan link affiliate anda,apa yang paling penting ialah anda harus menarik seberapa ramai bakal pelanggan anda ke dalam laman web anda.
  • Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan antaranya¬†mempromosikan¬†laman web anda melalui laman sosial facebook,tingkatkan SEO web anda,mempromosi melalui email marketing.

 

Meletakkan Link Affiliate Di Dalam Setiap Post Blog

linkaff

  • Apa yang paling penting ialah,anda letakkan seberapa banyak link affiliate di dalam setiap post blog anda.Lebih banyak link affiliate yang anda letakkan lebih besar potensi pelanggan untuk klik link affiliate anda. (Tapi jangan pula terlebih letak ya hehe..)

 

Berikan produk percuma untuk mengumpul senarai email

autoresponders

  • Untuk memantapkan lagi kaedah pemasaran Affiliate anda,anda juga boleh¬†gabungkan teknik affiliate ini dengan pemasaran email.
  • Salah satu¬†kaedah pemaran email yang biasa digunakan ialah memberikan produk percuma untuk mengumpul senarai email pelanggan anda.

 

Jadikan diri tempat pertanyaan

Customer Service

  • Menjadikan diri anda ataupun laman web anda tempat rujukan ataupun pertanyaan sudah tentu akan menghasilakn pengikut ataupun pembaca anda sendiri.
  • Semakin mereka melihat anda “pakar” dalam sesuatu niche affiliate anda,semakin berpotensi orang membeli produk dari link affiliate anda.

 

Cuba menghasilkan pendapatan pasif

passive-income

  • Pemasaran Affiliate merupakan salah satu “pendapatan pasif” jika anda benar-benar serius menjana pendapatan melalui Affiliate..

 

Bekerja Mengikut Jadual

meetingking_tasks

  • Sebaiknya,anda bekerja mengikut jadual¬†yang anda rancang sendiri,ini bagi memastikan anda konsisten mempromosikan Affiliate anda.Sudah tentu dengan adanya jadual,anda mampu menyusun atur pelan pemasaran anda dengan lebih baik dan sempurna.

 

Baiklah ini sahaja,sedikit penerangan asas untuk Affiliate.Mungkin artikel kali ini agak “bosan” sedikit,namun,ini merupakan perkara asas yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan pemasaran Affiliate anda.

Saya doakan anda menjadi salah seorang yang berjaya dalam bisnes pemasaran Affiliate ini. Amin.

Jik anda mencari Panduan Asas Affiliate,mungkin panduan ini sesuai untuk anda=> KLIK DI SINI.

affv

Apa Itu Affiliate?

Affiliate

Apa Itu Affiliate? 
affiliate
Soalan ini sering kali ditanya oleh mereka yang berminat dengan bisnes online kepada saya..

  • Apa itu affiliate?
  • Bagaimana cara buat duit melalui affiliate?
  • Bagaimana mempromosikan affiliate?
  • Benarkah Affiliate adalah salah satu bisnes tanpa modal?
  • Dan macam-macam lagi soalan..

Mereka yang bertanya ini pula tergolong dari golongan pelajar,pekerja makan gaji,mereka yang belum mendapat kerja malahan terdapat juga usahawan yang bertanya mengenai affiliate ini..

duitaffiliate

Mungkin saya tidaklah sehebat usahawan-usahawan internet yang lain di luar sana,namun apa yang saya ingin tekankan di sini,Affiliate ini merupakan salah satu bisnes yang jika kita SERIUS untuk melakukan ia,ianya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit.

Baiklah di dalam post saya kali ini,saya hanya akan menyentuh Apa Itu Affiliate? Dan insyallah dari semasa ke semasa,saya akan berikan lagi anda post-post berkaitan Affiliate termasuk cara menjana pendapatan melalui Affiliate.

Slide03

Secara ringkasnya,Affiliate bermaksud anda membantu menjual produk orang lain melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda dan apabila terdapat pelanggan membeli produk tersebut melalui link anda,anda akan mendapat komisyen dari pemilik produk tersebut.

Ini bermaksud,anda menjadi salah seorang daripada agen untuk produk sesuatu tersebut,melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda.

 

Benarkah Affiliate Adalah Bisnes Tanpa Modal?
Ya! Affiliate adalah merupakan Bisnes Tanpa Modal! Anda boleh melakukan Affiliate ini tanpa perlu membayar sebarang yuran pendaftaran kepada owner produk tersebut!

Kebiasaannya syarikat ataupun owner produk mahupun perkhidmatan akan membuka pendaftaran ini secara PERCUMA sahaja! Anda boleh melakukan bisnes affiliate ini walaupun anda kerja dari rumah sahaja!

 

Slide04

Kebiasaannya produk yang dijual adalah :

  • Produk Digital (contohnya : ebook,video tutorial,perisian)
  • Produk Fizikal (contohnya : Al-Quran digital,minyak wangi,patung,DVD dll)
  • Perkhidmatan (contohnya : perkhidmatan membina laman web,servis surat jualan dll)

Slide07

Mungkin anda tertanya-tanya,berapa peratus keuntungan yang diberikan jika kita mempromosikan produk melalui affiliate ini..

Slide08

Semua ini bergantung kepada pemilik produk tersebut,kebiasaannya untuk produk fizikal,ada yang meletakkan peratus keuntungan sebanyak 10 – 30%,berbeza dengan produk digital,kebiasaannya peratus keuntungan adalah lebih tinggi sedikit iaitu 40 – 50% keuntungan setiap jualan yang dilakukan.

Slide09

Slide10

Kebiasaannya,pembayaran komisyen Affiliate akan dibankin terus ke akaun bank anda,sebaiknya anda mempunyai akan bank CIMB ataupun Maybank.Untuk affiliate luar negara pula,dicadangkan anda membuka akaun PayPal bagi membolehkan komisyen anda dibayar.

Slide11

Ini adalah contoh komisyen yang saya dapat ketika mempromosikan salah satu produk digital suatu ketika dahulu.

Contoh LINK AFFILIATE sesuatu produk yang diberikan kepada anda.Anda boleh lihat di hujung affiliate terdapat id “get“,id tersebut merupakan id yang saya letakkan sebagai link affiliate promosi saya.
Slide28

Selain daripada LINK Affiliate,terdapat juga owner produk yang menyediakan banner promosi berserta link affiliate anda bagi memudahkan anda mempromosikan link affiliate anda melalui banner tersebut.

Slide30

 

 

Slide23

Mungkin anda telah sedikit faham mengenai apa itu affiliate.Berikut adalah secara ringkas bagaimana anda boleh menjadi seorang Affiliater.

Slide24

 

Baiklah sampai sini sahaja penerangan ringkas saya mengenai asas apa itu Affiliate,insyallah pada masa akan datang,saya akan cuba terangkan serta memberi tips berkaitan Affiliate kepada anda.

Jika anda benar-benar ingin menjadi seorang Affiliate yang berjaya,anda harus fokus dan saya cadangkan juga kepada anda untuk mempelajari cara untuk membuat pemasaran email.Ianya akan membantu anda untuk mempromosikan LINK Affiliate anda.

Semoga jumpa lagi pada artikel yang akan datang! ūüôā

Affiliate

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.