Saya menjadi tertarik dengan kisahnya santan.
Sepertinya, kisah santan ini juga kita boleh samakan seperti kisah hidup seorang yang bergelar Usahawan.
Mari kita hayati, bagaimana santan itu sendiri terhasil..
Dari sebatang pokok kelapa yang tinggi,
Ianya jatuh terus ke permukaan tanah ,
Tidak cukup dengan itu, dibelah..
Selepas dibelah, diparut..
Setelah menjadi parutan kecil,
Dituang air panas,
Kemudian diperah,
Dan akhirnya…menjadi Santan.
Jika kita lihat perjalanan santan,
Ianya tidak semudah yang kita sangka,
Ia melalui banyak “ujian-ujian” yang perlu dihadapinya.
Adakah “perjalanan” santan ini sama seperti perjalanannya seorang usahawan?
Ya… Seorang usahawan yang berjaya sudah tentu lalui banyak liku-liku kegagalan sebelum berjaya.
Tanpa kita sedari, kegagalan-kegagalan sebelum ini yang banyak mengajar kita untuk terus maju sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Setelah melalui banyak kegagalan, pasti akan ada kenikmatan yang Allah berikan kepada kita. 🙂
Jarang sekali saya berjumpa dengan usahawan yang berjaya tanpa lalui sebarang kegagalan. Ya, mungkin ada? Mungkin?
Oleh itu, jika anda sedang melalui suatu kegagalan… Jangan terus bersedih, cari hikmah dari kegagalan tersebut. Allah tidak jadikan hidup kita sia-sia.
Komen, jika anda pernah lalui kegagalan.