BAGAIMANA UNTUK MENJADI KAYA?
.
Banyak di luar sana, terutamanya usahawan-usahawan begitu semangat dan sentiasa mencari BAGAIMANA untuk menjadi kaya.
.
– Ada yang bertanya, BAGAIMANA mahu jadi jutawan dengan menjual produk itu ini?
– Ada yang bertanya, BAGAIMANA untuk jadi kaya dengan menjalankan perkhidmatan itu ini?
– Ada juga yang bertanya, BAGAIMANA menjadi kaya dengan mudah tanpa perlu berusaha, mungkin melabur ke sana sini?
– Ada yang bertanya, BAGAIMANA menjadi kaya dengan mudah?
.
.
Sehinggakan kita lupa…
.
Perkara yang paling penting bukanlah persoalan BAGAIMANA, tetapi yang lebih penting adalah MENGAPA KITA PERLU KAYA?
.
Setiap daripada kita ada jawapannya yang tersendiri, persoalan MENGAPA itu lebih penting daripada BAGAIMANA.
.
MENGAPA kita perlu kaya?
? Mungkin, kita sudah penat untuk hidup dalam keadaan sederhana atau miskin?
.
? Mungkin, kita penat dan sedih melihat ibu bapa kita kerja siang dan malam tetapi kita tidak dapat membantu mereka?
.
? Mungkin, disaat ada ahli keluarga kita sakit dan memerlukan kos perubatan yang besar, kita hanya mampu duduk di tepi sudut bilik pesakit tanpa kita sebenarnya tidak mampu menolong satu sen pun untuk membantu ahli keluarga kita tersebut?
.
? Mungkin, disaat kekurangan wang yang teruk menyebabkan keluarga kita lebih banyak bergaduh soal wang dan saling salahkan antara satu sama lain?
.
? Mungkin, disaat kita melihat seseorang berada dalam kemiskinan dan kesusahan,kita ingin cuba membantu, kita hanya mampu tanamkan niat kita itu sedalam yang mungkin kerana kita pun tidak mampu membantu?
.
.
Jadi persoalannya,manakah yang lebih penting? BAGAIMANA atau MENGAPA kita perlu jadi kaya?
.
.
Setelah kita cari ALASAN TERBESAR dalam diri kita MENGAPA kita perlu jadi kaya,itu lebih mudah untuk kita temui BAGAIMANA cara untuk kita menjadi kaya.
.
.
Khairilizwan Jamros