Waktu umur saya 19 tahun (2008), saya pernah setup kedai komputer separuh kedai, kawasan Sulaman Sentral, Kota Kinabalu..ZAAHTECH nama diberi.. Siap jadi agen streamyx lagi..hampir 30k-50k modal habis..ilmu tiada.. Baca buku malas.. Pengalaman tiada.. Tempat rujukan tiada..

Rasanya bertahan 3-5 tahun juga, lepas tu tutup. Trauma kejap ja, tapi jiwa bisnes punya pasal mana pandai berhenti.
Jatuh bangun lagi, jatuh bangun lagi.

Siapa tidak tahan tekanan, memang susah mahu stay lama dalam bisnes, sebab dalam bisnes ni bukan semuanya indah macam drama. Kita akan melalui fasa kegagalan beberapa kali sebelum kita mendapatkan fasa sukses yang berkekalan.

Apa yang saya dapat belajar?
Banyak. Ini bukan simulasi, tetapi pengalaman sebenar.

Khairilizwan Jamros,
Penulis yang lupa menulis.
18 Feb 2020 00:52

#khaiz #zaahtech #khaizempire #khairilizwanjamros #khairilizwan #cekapkomputer #sabahandotmy