Tidak dapat dinafikan lagi, Instagram kini menjadi salah satu senjata yang hebat untuk pemasaran perniagaan anda. Bahkan, ada antara usahawan di luar sana mengaut ribuan ringgit dengan hanya mempromosikan perniagaan mereka melalui platform Instagram.

Namun, apa yang saya lihat sendiri, banyak usahawan-usahawan di luar sana masih mencampur aduk kandungan peribadi dan juga bisnes mereka dalam satu akaun instagram bisnes mereka.

Hal ini akan menyebabkan akaun rasmi instagram untuk bisnes anda akan kelihatan kurang profesional dan proses untuk anda menjenamakan bisnes anda akan menjadi lambat.

 

Tahukah anda,  kini anda boleh mengurus 5 akaun dalam Instagram anda sekaligus?

Ya, apa yang saya dapat lihat sendiri, masih terdapat ramai mereka di luar sana terutamanya usahawan tidak mengetahui yang anda boleh menambah 5 akaun dalam Instagram anda.Jadi dengan adanya fungsi ini, anda boleh mengasingkan akaun peribadi instagram anda dan juga bisnes anda.

Baiklah untuk menambah banyak akaun dalam instagram anda, sila ikuti tutorial ini :


1 – Pertama sekali, melalui instagram anda, klik pada icon titik seperti dalam gambar rajah.

2 – Kemudian, klik pada “Add Account“.

3 – Masukkan username dan juga katalaluan akaun instagram anda yang lain. Jika belum ada akaun, anda boleh membuat akaun baru instagram anda.

4 – Selesai! Kemudian, anda boleh klik di tepi kiri akaun instagram anda dan anda akan dapat lihat dan pilih akaun instagram yang anda ingin uruskan.

Selamat mencuba!