Bisnes Online

bisnes online

Sekitar tahun 2011,bersama insan-insan yang meminati ilmu bisnes online.Boleh dikatakan waktu ni masih sangat kurang kita boleh lihat usahawan-usahawan internet di Sabah (mungkin juga banyak di luar sana tapi bergerak solo) ataupun mungkin saya kurang melihat?
.
Mempelajari ilmu bisnes online pada ketika itu mungkin sedikit mencabar berbanding rakan-rakan kita yang berada di Semenanjung Malaysia,kita mungkin tidak akan terjumpa dengan seorang Mentor IM yang boleh mengajar kita secara “face to face”,walaupun pada waktu itu, otai Irfan Khairi bersama pernah beberapa kali datang ke Sabah untuk memberi peluang membuka minda usahawan-usahawan di Sabah mengenai Internet Marketing.
.
Pada ketika itu,hanya ebook-ebook,video ataupun buku yang berkaitan bisnes online sahaja menjadi rujukan.Kalau tidak berasa malu,saya akan cuba pm beberapa sifu di sana untuk bertanya,itupun kalau kena layan la hehehe…Ya..Saya tahu tidak semua orang mampu belajar dengan hanya berbekalkan ebook mahupun video,tidak kira seberapa banyak ilmu panduan yang kita beli dari sifu-sifu,mesti ada banyak perkara yang kita tidak faham.Paling penting sekali,Jangan Sama Sekali Salahkan Sifu walaupun kita sudah beli panduan mereka dan masih tidak faham.Telan & Hadam sahaja…Mungkin hari ini kita tidak faham,beberapa lama selepas itu kita akan faham dengan ilmu yang disampaikan.Mendapatkan ilmu memang perlukan kesabaran kan 🙂
.
Hampir genap 5 tahun dari hari itu,bagaimana keadaan penerimaan bisnes online di Sabah? Ya saya lihat sendiri banyak perubahan,orang ramai mula nampak kekuatan bisnes online,anak-anak muda mula mencari peluang dalam bisnes online,faktor ekonomi pada masa kini mungkin menyedarkan kita tidak boleh duduk diam tunggu peluang kerja datang kepada kita.Lambakan kuaran E & S juga menyebabkan saingan untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik terutamanya dalam sektor awam.Salah satu penyelesaiannya? Bisnes Online.
.
Namun,perkara yang sama 5 tahun lepas masih berlaku,sifu-sifu bisnes online yang berada di Sabah sendiri mungkin MASIH BERSEMBUNYI, mentor-mentor bisnes online di Sabah boleh dikatakan masih kurang.Usahawan-usahawan offline yang ingin “mengonlinekan” bisnes mereka masih blurrr dimana tempat yang mereka boleh berikan wang mereka dan jumpa secara “face to face” untuk mendapatkan servis-servis bisnes online ini di Sabah.
.
Saya pernah terjumpa “secara online” beberapa usahawan internet yang boleh dikatakan hebat & berasal dari Sabah dan berada di Sabah. Tetapi mungkin kebanyakkan mereka bergerak sendiri dan untuk membuat servis bisnes online secara besar-besaran tidak mampu dan perlukan team..Atau saya terlepas pandang? Ada juga banyak yang pandai buat website dan sistem online,tetapi realitinya itu bukan menentukan ianya seorang Usahawan Internet..
.
Apa yang pasti,untuk anak-anak muda Sabahan yang meminati bisnes online,teruskan usaha..Peluang masih sangat luas lagi..Sedut seberapa banyak ilmu internet marketing.Bergerak dalam komuniti jika boleh.
.
Kalau boleh,ada rezeki,terbang ke semenanjung dan berjumpa dengan sifu-sifu Internet Marketing di sana (saya pun belum pernah terbang ke sana untuk berjumpa dengan sifu-sifu IM di sana)..hehe..
.
Jangan terus buka kedai atau office,kuatkan networking dengan usahawan-usahawan yang lain.Kuatkan bisnes dan branding terlebih dahulu.(Sehingga sekarang Khaiz Group masih belum mempunyai office,kami lebih santai bergerak secara online & SOHO,insyallah masanya akan tiba tidak lama lagi).
.
Untuk saya? Ya,saya sedang bangunkan empayar Internet Marketing yang saya belajar lebih 5 tahun melalui team saya, Khaiz Group.Khaiz Group saya bangunkan diserap dengan elemen-elemen Kuadran B yang lahir dari jiwa saya sendiri menjadikan ianya lebih kuat,tabah & tidak sama sekali berputus asa.Produk-produk keluaran Khaiz Group seperti Sabahan Dot My dan adik-beradiknya seperti artissabah.com serta beberapa lagi platform lain yang akan muncul pasti memberi banyak keuntungan dan kebaikkan kepada komuniti Sabahan serta perkembangan bisnes online di Sabah! Doakan kejayaan kami.
.
.
Khairilizwan Jamros
Internet Marketing Sabah,Malaysia

?#?sabah? ?#?bisnesonline? ?#?sabahan? ?#?internetmarketing? ?#?im? ?#?khaiz??

Bisnes Online