Alhamdulillah, 25 Feb 2017 yang lepas, selesai program Seminar Pemasaran Internet (Siri 1/2017) yang dijalankan oleh Khaiz Group hasil kerjasama bersama Dana Sari.
Seminar ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai pemasaran internet terutamanya kepada usahawan-usahawan di Sabah.
Syukur, walaupun ini merupakan kali pertama untuk tahun 2017 dan juga boleh dikatakan kemunculan saya kembali dalam dunia perniagaan internet ini sejak hampir sekian lama sibuk membangunkan tiang-tiang utama Khaiz Group, boleh dikatakan program seminar pemasaran internet untuk feb 2017 ini sangat berjalan dengan lancar.
Apa yang amat mengagumkan saya, peserta-peserta yang datang bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu tetapi ada juga yang datang dari jauh seperti di Tawau,Ranau dan Keningau serta kebanyakkan daripada mereka langsung tidak mengenali atau mengikuti perkembangan diri saya sebelum ini.
Yang pastinya, mereka semua sangat mendahagakan ilmu pemasaran internet yang sudah tentu pada masa kini ilmu ini sangat penting untuk para usahawan di luar sana. Pada awal program, saya mengambil sedikit masa untuk mengadakan sesi suai kenal kepada mereka semua. Dengan mengetahui sedikit latar belakang mereka, memudahkan lagi untuk saya menyelami sekaligus mengenali mereka dengan lebih dekat.
Mengikut perancangan awal, program sepatutnya bermula jam 9 pagi dan dianggarkan tamat pada jam 1 petang. Namun, oleh kerana peserta-peserta yang hadir sangat bersemangat, program tersebut tamat lebih kurang jam 4.15 petang.
Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut ialah :
- Asas perniagaan internet (secara terperinci dan santai).
- Cara mencipta serta meningkatkan “branding” bisnes dan diri anda.
- Kaedah “online”kan perniagaan anda secara santai.
Ada banyak lagi ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut. Program tersebut berlangsung dengan sangat santai dan peserta-peserta yang hadir juga saling berkongsi pengalaman serta ilmu mereka kepada peserta yang lain. Apa yang lebih penting, mereka juga mendapat rakan-rakan baru di dalam seminar ini.
Alhamdulillah, saya juga mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta yang hadir selepas tamat seminar tersebut. Kebanyakkan daripada mereka juga bercadang untuk mengikuti bengkel susulan pada masa akan datang.
Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program dari saya, boleh subscribe percuma :