Tahun 2019 memberikan cerita yang pahit & manis untuk kita.
Sudah tentu setiap sesuatu yang Allah berikan dalam hidup kita, kita perlu hayati dan pelajari hikmah-hikmah yang tersurat & tersirat.

Dalam perjalanan hidup kita, kita akan bertemu dengan orang yang betul ataupun orang yang salah bagi kita, itu semua bukan kebetulan, Allah mahu kita belajar sesuatu dari hikmah kehidupan itu, jika kita tidak mempelajari sesuatu dari ujian-ujian itu, Kita mungkin akan menghadapi ujian yang sama berulangkali sehingga kita betul-betul faham mesej yang ingin disampaikan.

Semoga tahun 2020 ini, tahun yang baik untuk kita menjadi orang baik. Kembalikan roh & jasad kita ke fitrah yang asal.
Sedikit masa lagi, kita akan jadi pejuang bagi mereka yang mengerti.

Khairilizwan Jamros
1 Januari 2020
Founder Khaiz Empire
(Tidak apa tiada kereta terbang, yang penting pandai bagi signal)