Apabila anda ingin membuat pengiklanan di facebook.
Anda perlu pastikan tulisan yang terdapat pada image iklan anda tersebut biasanya tidak melebihi 20% dari jumlah saiz image tersebut.

Jika tidak, iklan anda tersebut tidak akan diterima oleh facebook dan ianya satu yang anda rasa sangat leceh.

Usah risau, terdapat cara bagaimana untuk anda menyemak samada image iklan yang anda hantar kepada facebook “lulus” ataupun tidak dalam pengiklanan facebook.

Apa yang anda perlu lakukan, anda hanya perlu layari pautan facebook di bawah ini untuk menyemak kesesuaian imej anda untuk iklan facebook.

https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

Apabila anda layari pautan link tersebut, anda akan dapat lihat satu ruangan yang membolehkan anda untuk semak imej iklan anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sangat mudah, anda hanya perlu upload imej anda tersebut, anda facebook anda maklumkan kepada anda mengenai status imej tersebut samada ianya sesuai digunakan untuk pengiklanan facebook ataupun tidak.

Jika imej yang anda berikan sangat banyak teks, facebook anda maklumkan kemungkinan besar iklan anda tidak akan diluluskan atapun berjalan dengan baik.

Dan jika imej iklan yang anda upload sesuai dengan kehendak facebook, anda akan dapat lihat mesej dari facebook. “Your advert will run normally“.

Halaman ini tentu sekali membantu anda untuk mengenalpasti imej yang sesuai dan akan diterima oleh facebook semasa anda membuat FB Ads. Jadi anda tidak perlu lagi pening kepala jika asyik imej iklan anda di”reject” oleh facebook selepas ini.

SHARE jika bermanfaat 🙂