Tahun lepas, 2019..Masa saya tidak 100% dengan Khaiz.
Hampir 6 bulan saya luangkan sikit masa untuk belajar ilmu baru, iaitu ilmu perubatan alternatif seperti bekam, akupuntur, urutan, iridologi, dll walaupun tahun lepas antara perubahan penting untuk Khaiz Empire.
Apa tujuan saya belajar ilmu ni biarpun belum campin sepenuhnya? Utk duit? Tidak..Saya dapat rasakan potensi diri saya dalam perubatan islam & alternatif ni dari dulu lagi, cuma tidak pernah diasah, jadi kita cuba ?. Satu sebab paling utama, saya belajar ilmu ini untuk keluarga,rugi kita pegang gelas kosong jika tidak berisi air,gelas tidak menghilangkan dahaga.
Mungkin jika saya lahir bukan di zaman informasi ini, mungkin saya akan hidup sebagai seorang perawat, ataupun sebagai tukang besi, tukang kayu.. Ehh..ilmu ini juga adalah persediaan untuk masa depan manusia yang semakin hampir bagi mereka yang memahaminya.
Semalam beliau lelaki masih tidak berapa sihat ,alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu ini membantu. semoga cepat sembuh.
p/s Makin kita belajar banyak ilmu makin kita kosong..Makin kita fahami hakikat.