Mentor

mentor
Fiq Mentor 2 memang mempunyai suara yang merdu dan sedap,tetapi bukan MENTOR itu yang kita cari di sini..

MENTOR yang anda perlu cari di sini ialah mentor yang akan membawa anda ke arah kejayaan dalam bisnes anda.Bukan dengan bisnes offline sahaja,tetapi dalam bisnes internet juga anda perlu mencari MENTOR anda sendiri..

JANGAN TUNGGU SEHINGGA MENTOR YANG CARI ANDA..
:: Jika kita dahagakan ilmu,kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.Jangan kita tunggu mengharapkan Mentor yang cari anda..Mereka banyak kerja lain,dan mereka hanya akan nampak kesungguhan anda jika anda mencari mereka di mana sahaja mereka berada.

Ya! Mungkin saja anda boleh belajar tanpa mentor,saya pun sendiri mempunyai kesukaran untuk mencari mentor dan belajar depan-depan dalam bisnes online kerana masih kurang tempat yang kita boleh menuntut ilmu internet marketing ini di Sabah,mahu ataupun tidak,saya TERPAKSA “melantik” diri saya sendiri untuk menjadi “mentor sementara”,walaupun sebenarnya belum layak lagi..

Dan macam biasalah,tanpa MENTOR,laluan 1km kalau tanpa MENTOR boleh jadi 300km..tu belum lagi,kalau enjin rosak..silap-silap boleh “berhenti” di tepi jalan.

Jadi ingin berjaya lebih cepat? cari MENTOR anda!

#khairilizwan #khaiz #mentor #internetmarketing #im #bisnesonline

Mentor

2 thoughts on “Nak BERJAYA? Cari MENTOR Anda!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *