Tingkatkan Trafik Web

Jika anda mempunyai laman web ataupun blog tidak kira anda gunakan untuk perniagaan anda ataupun lain-lain. Sudah tentu anda inginkan web anda tersebut dikunjungi oleh ramai orang kan?

Baiklah kali ini,saya ingin kongsikan kepada anda tips ringkas yang mungkin ada sesetengah dari usahawan terutamanya terlepas pandang padahal teknik ini adalah PERCUMA sahaja.

Teknik yang saya maksudkan ialah teknik tingkatkan trafik web melalui kaedah SIGNATURE EMAIL.

Ya! Mungkin ada yang merasakan teknik initingkatkan trafik web melalui signature ini adalah “remeh” sahaja,namun anda harus ingat,anda harus menggunakan seberapa banyak mungkin teknik untuk mempromosikan laman web / blog anda.

Pada tutorial kali ini,saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh memanfaatkan fungsi signature ini pada email gmail anda. (sebaiknya pada usahawan menggunakan gmail).

tingkatkan trafik web

1- Pertama sekali,klik pada butang “gear” di tepi email gmail anda.Kemudian klik pada “Settings“.

 

signature2

2 – Kemudian klik butang “General“.

 

signature3

Selepas itu,pada bahagian “Signature“,masukkan butiran yang anda ingin letak.

Contoh :

*************************************************************************

Khairilizwan Jamros | Usahawan Internet Malaysia Sabah
# Dapatkan tips,tutorial,panduan mengenai bisnes online di dalam blog saya,

Klik & Layari => http://khairilizwan.com

*************************************************************************

Setelah selesai,klik butang “Save Changes“.

Tahniah! Sudah selesai!

Anda boleh mencuba hantar email kepada orang lain,dan anda akan dapat lihat fungsi signature di setiap email yang anda hantar.

Tingkatkan Trafik Web

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *