Alhamdulillah,selesai menjayakan slot asas bisnes online yang dikendalikan oleh saya sendiri bersama Khaiz Network selama 4 jam melalui Program Usahawan SKILLPRENEUR – Slot Bisnes Online yang diadakan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah (KBS),Putatan,Sabah.

Sedikit huraian ringkas mengenai yang dijalankan ini :
– Pelajar terdiri lebih kurang 30 orang dari IKBN Kinarut,Sabah.
– Hampir keseluruhan peserta yang mengikuti slot ini,masih “0” mengenai bisnes online.
– Saya ambil pendekatan,1 jam berikan sedikit penerangan mengenai bisnes online dan selebihnya membuat tugasan dalam kumpulan.
– Syukur,semua semangat dengar penerangan,walaupun pada mulanya masih “blur” mengenai bisnes online.

:: TUGASAN ::
– Dipecahkan kepada 3 kumpulan.
– Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat syarikat/kedai “dummy” mereka sendiri.
– Buat nama syarikat,logo,domain,dan macam2 lagi.
– Buat fan page untuk syarikat mereka (Tutorial cara buat fanpage melalui telefon pintar diberikan).
– Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kaedah promosi mereka secara online.
– Setiap kumpulan sangat TEKUN dan SERONOK menyiapkan tugasan.Kelas habis jam 4 petang,hampir jam 6 baru berenti..itu pun kena suruh berhenti eheh..
– Setiap kumpulan memberi penerangan mengenai syarikat “dummy” mereka.Macam-macam gelagat dan idea menarik yang mereka pelajari secara tidak langsung ketika membuat tugasan yang diberikan.
– Alhamdulillah,hampir kesemuanya dari mereka “faham” asas bisnes online,faham sikit-sikit pun satu permulaan yang baik.

Untuk slot Affiliate & Dropship,hanya dapat berikan sedikit pengenalan sahaja..Masa sangat tidak mengizinkan dan terhad,itupun terlajak sedikit dari jam 10 ke jam 10 lebih.

20151123074246

Insyallah,bisnes online di Sabah akan terus berkembang dari semasa ke semasa.Dan kami dari Khaiz Network akan sentiasa memberikan kemampuan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan ini di negeri di bawah bayu ini 🙂

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah
No.Tel : 0198616716
https://khairilizwan.com