Facebook

:: Kelebihan Page Facebook Berbanding Profile Facebook ::
facebook
 
Sebelum ini ada beberapa rakan usahawan tanya apa kelebihan memiliki page facebook berbanding profile facebook. Bagi dia,profile facebook sudah cukup dan mampu untuk menjual produk-produknya.
 
Tahukah anda,dengan memiliki page facebook untuk bisnes anda,anda mampu mengetahui lingkungan umur serta peratus lelaki/perempuan yang terdapat di dalam page facebook anda.
 
Adakah Ianya Penting? Ya! sudah tentu penting. Salah satu perkara yang sangat penting dalam pemasaran ialah mengenal secara terperinci bakal pembeli anda,adakah produk/servis anda untuk golongan wanita? adakah produk/servis anda sesuai untuk digunakan oleh mereka yang berumur 55-64? Ataupun adakah anda pernah mengkaji siapa bakal pelanggan anda atau terus sahaja “semangat” menjual?
 
Sebab itu,anda harus ketahui lingkungan umur,jantina,status bakal-bakal pelanggan anda. Sekiranya kita mempromosikan produk/servis kita tanpa mengkaji siapa sebenarnya bakal pelanggan kita,kita bukan sahaja akan membuang MASA,tetapi juga KOS PENGIKLANAN di tempat yang tidak sepatutnya.
 
Cadangan saya,”create” page facebook untuk bisnes anda.Jika anda masih selesa menggunakan profile facebook anda untuk menjual,biasakan diri anda dan secara perlahan-lahan halakan pelanggan anda ke page facebook anda. 🙂
 
* Gambar ini adalah dari page saya iaitu Sabahan Dot My..^^
 
Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah,Malaysia

Facebook