Kelapa

kelapa
Saya masih ingat lagi…Waktu tu saya berumur lingkungan 9 atau 10 tahun.Saya cuba belajar untuk jadi “usahawan” bersama beberapa orang sepupu & rakan sebaya saya (dalam 4 orang kesemuanya) .

Kami merancang untuk buat bisnes dengan mengumpul isi kelapa tua yang dikeringkan dan dihantarkan untuk dijual ke kilang berdekatan sekitar pekan Kudat,Sabah..Kami dapat idea untuk buat bisnes ini setelah salah seorang dari bapa kepada rakan saya buat bisnes ini untuk sara kehidupan mereka (sebenarnya sampai sekarang saya masih kurang pasti kegunaan isi kelapa tua yang dikeringkan tersebut,mungkin untuk dibuat baja? hehe..).

Ada permintaan Ada Pembelian,waktu tu memang saya tahu projek kami ini akan ada penjual sebab sewaktu tu banyak permintaan dari pembeli-pembeli di sekitar kawasan tersebut.Bermulalah “meeting” versi budak-budak termasuk angan-angan keuntungan yang bakal kami dapat,anggaran keuntungan kami mungkin dalam rm150(dibahagikan dengan 4 orang),maksudnya salah seorang daripada kami akan dapat rm37.5 (jumlah ni boleh dikatakan cukup besar waktu tu untuk seorang budak seumur kami).

Seperti yang telah kami rancangkan,sewaktu cuti persekolahan hujung tahun,kami bersiap sedia untuk merealisasikan impian kami.Saya masih ingat lagi,waktu tu saya selalu curi-curi pinjam “parang” milik datuk saya,jadi saya pun pinjam parang beliau yang sangat tajam.Untuk mencari kelapa tua di sekitar kampung kami adalah boleh dikatakan tidak susah,sebab daerah Kudat,Sabah memang terkenal dengan banyak tanaman pokok kelapa.

Walaupun sebenarnya kebanyakkan kami kurang berpengalaman dalam bisnes “usahasama” kami yang pertama ini,salah seorang rakan kami memang “sudah biasa” kerana ini merupakan rutin harian dia menolong bapanya selepas balik dari sekolah.

Pada mulanya,proses bisnes kami berjalan dengan lancar seperti yang kami rancang.. Semangat kami membuak-buak dengan memikirkan keuntungan yang bakal kami perolehi selepas ini. Kami bermula dari pagi mencari kelapa-kelapa tua,dan kumpulkannnya di satu tempat.Sewaktu rehat tengahari pula,kami dihidangkan dengan nasi di dalam bambu + ikan masin + lada & air kelapa segar yang kami panjat sendiri…Nyummm…Nyumm…hehe..

Masuk hari ke-4(rasanya),semangat kami lama-kelamaan semakin perlahan dan juga penat. Ianya tidak mudah seperti yang kami sangkakan..proses hanya tinggal proses…Kami terperangkap di dalam proses bisnes kami! Ya..Mungkin pada ketika itu kami masih muda lagi,kami tiada pengalaman untuk mengira pelbagai lagi kos yang kami tidak sedar pada waktu itu termasuk kos pengangkutan untuk menghantar isi kelapa tua kering tersebut ke kilang berdekatan.

Tambahan pula,rakan yang kami harapkan dan biasa dalam kerja ini,dia cuma dilatih untuk “bekerja”,bukan seorang yang mengurus “marketing”…Termasuklah kami yang lain. Kami pada waktu itu cuma anak-anak kampung yang punyai impian untuk berbisnes tetapi tiada “Mentor” yang mampu mengajar kami.(kecuali Mentor mandi sungai hehe..)

Boleh dikatakan,itu merupakan salah satu KEGAGALAN TERBESAR sewaktu saya MASIH KECIL. Kami tidak berpeluang untuk merasakan keuntungan yang kami impikan,semua kami waktu tu “down” dan seolah-olah kami telah kehilangan sebuah “syarikat” yang dalam proses dibangunkan.

Setelah beberapa minggu,kami mula terima KEGAGALAN tersebut…Ya,mungkin ianya adalah satu proses pembelajaran yang terbaik untuk saya pada waktu itu.. Kami mempunyai semangat,tetapi kami tidak mempunyai mentor..

Tidak lama selepas itu,kami berjalan-jalan di sekitar kampung sambil bawa karung kosong untuk mencari tin aluminium,kami target untuk jual nanti….

Sekali lagi kami GAGAL…Kami tergoda untuk mandi dan terjun di sungai bawah jambatan… hahaha…

Sekian,
Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah,Malaysia
Asal dari Kudat,Sabah

Kelapa