Cina

cina
Ini kawan saya,namanya Wong..
Dia salah seorang geng keras saya waktu di kelas menengah dulu..
.
Walaupun dia seorang sahaja bangsa cina di dalam kelas,tapi itu bukan penghalang untuk berkawan & bergila dengan rakan-rakan kelas lain.
.
Dulu selalunya saya datang ke rumah dia untuk main video game tape..
Kadang2 dia datang ke rumah saya untuk main komputer..
Sampai sekarang,kami masih berhubung dan kalau berjumpa perangai 2×5 juga macam dulu-dulu..haha…
.
Dan ada banyak perkara yang kami saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga sekarang.
.
================================================
Sementara itu,saya pernah bercerita dengan seorang lagi rakan cina saya..
.
Saya puji,bangsa cina rajin,kuat berusaha & banyak yang berjaya..
.
Dia jawab,
“Semua bangsa pun sama juga,cina pun ada juga yang malas dan tidak mahu berusaha..Masalahnya bukan terletak pada BANGSA,tapi pada diri individu itu sendiri”.
.
Ya betul,semuanya adalah kesedaran dan terletak pada diri kita sendiri,sesiapa pun boleh jadi seorang yang BERJAYA, ianya bukan masalah BANGSA tetapi masalah dalam diri kita sendiri.
.
Jika kita terus menjadikan sesuatu perkara sebagai satu ALASAN penghalang kita untuk mencapai kejayaan,tidak mustahil nanti,kita akan mula berhadapan dengan alasan kedua selepas itu,begitu juga seterusnya…Kerana penghalang tersebut sebenarnya bukan terletak pada alasan-alasan yang dihadapi tetapi terletak dalam diri kita sendiri..
.
Semoga kita terus sukses!
Khairilizwan Jamros

Cina