Khaiz

khaiz

Alhamdulillah,hari ini (1/3/2016) kelihatan gambar krew Khaiz Production bersama penyanyi artis Sabah,Ridah dan pasangangan,Ezani di dalam surat khabar New Sabah Times (bertarikh 1/3/2016).

Gambar ini merupakan gambar ketika perbincangan pihak kami bersama Ridah & Ezani untuk pembikinan video klip lagu “Kronologi Cinta” yang bakal disiapkan dalam masa terdekat ini.

Lokasi penggambaran adalah sekitar Kota Kinabalu,Tuaran dan kawasan-kawasan berdekatan.
Proses perbincangan ini berjalan dengan lancar dan pihak kami sangat santai dan selesa berbincang dengan pasangan ini.

Selain itu juga,insyallah pada masa akan datang,akan ada lebih banyak lagi kerjasama antara Khaiz Production dan artis-artis di Sabah khususnya.Selain itu juga,platform Sabahan Dot My juga akan turut membantu mempromosikan artis-artis Sabah baru dan juga lama secara online.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar ­čÖé

 

Khaiz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *