Dalam artikel kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana mencari dan memilih sebuah domain yang berkualiti untuk laman web anda.Dari pemantauan saya sendiri,masih banyak mereka di luar sana kurang mengetahui cara mendapatkan serta memilih sebuah domain yang berkualiti terutamanya mereka yang menggunakan domain tersebut untuk bisnes mereka. Sedar ataupun tidak,domain merupakan aset terpenting yang perlu […]
Dalam artikel kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana mencari dan memilih sebuah domain yang berkualiti untuk laman web anda.Dari pemantauan saya sendiri,masih banyak mereka di luar sana kurang mengetahui cara mendapatkan serta memilih sebuah domain yang berkualiti terutamanya mereka yang menggunakan domain tersebut untuk bisnes mereka.
Sedar ataupun tidak,domain merupakan aset terpenting yang perlu dijaga terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan internet.Saya dapat lihat pada masa kini,telah banyak pengguna internet menceburkan diri dalam perniagaan internet.Oleh itu,untuk memantapkan lagi perniagaan internet anda,anda perlu mengetahui sedikit ilmu cara untuk memilih domain yang terbaik untuk laman web perniagaan anda.
Apa yang dimaksudkan “Domain”?
Sumber dari Wikipedia menyatakan Nama domain ialah satu rentetan identifikasi yang mendefinasikan satu bentuk pentadbiran kerajaan autonomi, autoriti, atau kawalan pada Internet. Nama domain terbentuk dengan peraturan dan prosedur Sistem Nama Domain (DNS).
Secara umumnya, nama domain mewakili satu sumber Protokol Internet (IP), seperti sebuah komputer peribadi digunakan untuk akses ke Internet, sebuah server yang menghost satu laman web, atau laman web itu sendiri atau mana-mana perkhidmatan berkomunikasi melalui Internet.
Seperti yang diketahui oleh umum,terdapat beberapa domain yang popular seperti .com, .net, .org dan banyak lagi.Dalam artikel kali ini,saya fokuskan kepada domain jenis .com.Mengapa domain .com?ini kerana domain ini merupakan domain yang paling popular sekali,domain .com mudah diingati oleh sesiapa sahaja. (.com bermaksud commercial).
Terdapat segelintir pemilik domain menggunakan domain yang susah diingati.Hal ini menyebabkan pengunjung sukar mengingati domain tersebut ketika hendak melayari laman web pemilik domain tersebut.Domain umpama alamat rumah kita,semakin sukar alamat rumah kita,semakin sukar lah juga rakan-rakan kita mencari rumah kita.[blog.cekapkomputer.com]
Berikut merupakan domain yang kurang sesuai digunakan terutamanya untuk tujuan bisnes online :
Baiklah saya telah memberikan anda tips contoh domain yang mungkin sukar untuk diingati oleh pengunjung laman web anda.Persoalannya kita,nama domain yang manakah sesuai untuk kita gunakan terutamanya dalam perniagaan internet?
Mungkin bagi anda untuk mendapatkan sebuah domain adalah mudah,namun adakah domain yang anda pilih tersebut adalah yang terbaik dan berkualiti? Ada beberapa tips yang saya dapat kongsikan kepada anda bagaimana mendapatkan nama domain yang berkualiti dan mudah diingat.
Terdapat banyak lagi tips untuk pemilihan domain,rasanya tips yang saya berikan ini dah mencukupi dan insyallah dapat memberikan anda idea untuk mencari dan memilih domain yang terbaik untuk anda dan perniagaan anda.
Berjumpa lagi kita pada tutorial yang akan datang. 🙂
