11800479_980505001994540_4664966302249630260_n

 

Pagi ini (26/7/2015),sekitar pukul 2 pagi,memang pagi yang boleh dikatakan melucukan dan juga mencabar hehe..

Bro Fiq menghubungi saya dan berminat untuk mendapatkan panduan lengkap Mudahnya Bisnes Facebook ini.Oleh kerana stok masih ada lagi beberapa keping dan memang bercadang keluar cari kedai makan (seharian berkurung dalam bilik siapkan projek bisnes online yang lain),jadi saya bercadang untuk berjumpa dia terus,dan dia pun bersemangat untuk mendapatkan DVD panduan tersebut.

Jadi saya berjumpa dia terus ke kediamaanya,syok punya syok bercerita,mula-mula ingatkan nak berikan DVD tersebut sahaja,jadi saya xda la pula offkan lampu kereta.Tanpa sedar,hampir 1 jam lebih juga la bercerita,tiba-tiba waktu nak balik,kereta tak nak hidup la pula…Memang ujian la juga hehe…Nak buat mcmana dah memang salah saya juga tak offkan lampu tersebut.

Alhamdulillah,nasib baik ada sepupu saya yang masih belum tidur jam 2 pagi tu.Dapatlah juga minta tolong dia untuk bawa jumper kereta.Dalam jam 3 pagi lebih gitu,syukur akhirkan kereta tersebut dalam dihidupkan juga.Waktu balik tu,oleh kerana lapar,kami singgahlah kejap kan KFC Sulaman,melantak ayam subuh-subuh…hehe…

DSC_0161
Owh ya…Jika anda ingin mengetahui info lanjut mengenai produk “Panduan Lengkap Mudahnya Bisnes FB” ini,anda boleh layari laman web http://khaiz.com/bisnesfb/ .

p/s Pesanan buat bro Fiq juga,semoga ilmu yang “dibeli” tersebut akan memberi suatu perubahan yang besar dan positif dalam perniagaan yang dia jalankan.amin