RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

CAHAYA DIRI YANG DIBERI

Pintu dibuka, cahaya menerangi, melengkapkan perjalanan diri, melaksanakan tugas yang diberi Ilahi. Persiapkan diri, jalan menuju kini semakin dihampiri, terus melangkah menuju ilahi, cahaya yang dinanti semakin dapat dirasai Buang semua keakuan diri, mematikan diri sebelum mati, berjuang dengan apa yang telah diberi, suatu masa nanti kemanisan akan datang sendiri. Jalan yang sepi akan diterangi, […]

Pintu dibuka, cahaya menerangi, melengkapkan perjalanan diri, melaksanakan tugas yang diberi Ilahi.

Persiapkan diri, jalan menuju kini semakin dihampiri, terus melangkah menuju ilahi, cahaya yang dinanti semakin dapat dirasai

Buang semua keakuan diri, mematikan diri sebelum mati, berjuang dengan apa yang telah diberi, suatu masa nanti kemanisan akan datang sendiri.

Jalan yang sepi akan diterangi, teruskan mencari dan mengenal diri, suatu masa akan bertemu sang diri, apabila selesai akan bertemu dengan ilahi.

Cepat atau lambat itu semua cuma masa yang telah diberi, bertanyalah kepada diri, adakah kita sudah mula mengenal sang diri, berjalan dengan sendiri ataupun dengan kehendaki ilahi.

Teruskan melangkah ingatlah pesan wahai diri, kita tidak selamanya berada di sini, lalu apakah yang sedang kita cari di dunia ini? Jawablah wahai hati yang sedang dirindui.

Khairilizwan Jamros
12 Ramadan , 1444
4/4/2023

About Author

Khairilizwan Jamros

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog.

Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi.

Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Comments

    Comments are closed

    © Copyright 2026 Khairilizwan Jamros. All rights reserved.