Berfikiran POSITIF

berfikiran POSITIF

“Sentiasalah berfikiran POSITIF setiap kejadian yang berlaku samada ianya BAIK ataupun BURUK, kerana setiap perkara yang berlaku itu tersembunyi PELAJARAN KEHIDUPAN di dalamnya dan beruntunglah mereka – mereka yang MENIKMATINYA .”

Sebagai manusia,sudah tentu kita akan sentiasa diuji dengan perkara BAIK ataupun BURUK…

Namun,itu semua sebenarnya adalah salah satu proses pembelajaran dalam kehidupan kita.Allah SWT menguji setiap hambanya membuktikan Allah sayang kepada kita,supaya kita sering mengingatiNya tidak kira sewaktu SENANG mahupun SUSAH.Seringkali kita sebagai hamba yang lemah ini sering LEKA dan kadangkala TERLUPA untuk mengingatinya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. al-Ankabut: 2-3)

Dan setiap ujian yang Allah berikan tersebut,tidak melebihi batas kemampuan hambanya tersebut.Jadi anda perlu sentiasa YAKIN & PERCAYA setiap ujian yang diberikan.

“Allah tidak akan memberikan beban (taklif) kepada seseorang di luar batas kemampuannya.” (TQS. Al Baqarah [2] : 286

 

Sentiasa Berfikiran POSITIF

penser-positif

Apabila anda sentiasa berfikiran POSITIF,tidak kira perkara yang BAIK mahupun BURUK menghampiri anda,yakinlah anda akan mampu mengharungi ujian-ujian tersebut dengan mudah dan lebih tabah.

Bayangkan juga,anda menarik keseluruh cas-cas positif yang berada di sekeliling anda.Dan hidup anda akan lebih tenang dan sudah tentu anda akan mampu membuat keputusan yang lebih baik.

 

Berfikiran NEGATIF Hanya Akan Membawa Anda Ke Arah Yang Lebih Negatif.

ba984180f9f5cb50c24e32d25e904e55

Sebagai seorang manusia yang NORMAL,tentu sekali anda ingin merasakan kehidupan yang sentiasa ke arah POSITIF walaupun apa perkara yang berlaku.

Ya kita semua diberikan ujian,dan yang membezakannya ialah bagaimana cara kita mengurus ujian tersebut samada dengan sifat POSITIF ataupun NEGATIF dalam diri kita.

Jika kita sentiasa berfikiran NEGATIF,ia hanya akan membuat kita “menarik” lebih banyak perkara-perkara NEGATIF di dalam kehidupan kita.Sentiasa berfikiran NEGATIF juga,hanya akan mengundang rakan-rakan kita yang mungkin juga sentiasa berfikiran NEGATIF sama seperti kita dan rakan-rakan kita yang sentiasa berfikiran POSITIF akan menjauhkan diri dari kita sedikit demi sedikit.

Ubah Hidup Ke Arah Yang Lebih POSITIF

dfa174e625a5595ebec28ba711354a84

Kehidupan kita di DUNIA ini hanyalah sementara,jadi mengapa kita harus membebani fikiran kita dengan perkara-perkara NEGATIF di dunia ini?

Jika anda sebelum ini sentiasa berfikiran ke arah NEGATIF,Berubahlah…
Jadilah mereka yang sentiasa berfikiran ke arah POSITIF dan saya yakin anda akan lebih menghargai kehidupan anda dan juga menghargai ujian-ujian yang Allah berikan kepada anda..

Jika anda berfikiran POSITIF,anda akan dapat menilai kesemua jalan-jalan kehidupan yang anda lalui dengan lebih baik dan sempurna…Anda tidak akan mudah mengeluh dan anda akan lebih sabar serta tabah menghadapinya…

🙂

 

Berfikiran POSITIF