Bisnes Internet

5 Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu (Scammer) #1

Peniaga Online Facebook

Peniaga Online Facebook

Sebagai seorang pembeli yang bijak,anda harus tahu membezakan peniaga online facebook yang betul-betul serius menjual di facebook ataupun hanya untuk “mencuri” duit anda sahaja.

Apa yang saya dapat lihat sendiri,masih banyak pembeli-pembeli di luar sana yang tertipu ketika membeli secara online terutamanya melalui facebook. Adakah kerana mereka tidak memahami ataupun tidak mengetahui ciri-ciri peniaga online facebook yang palsu dan hanya ingin menipu wang mereka? Ya mungkin juga…

scammer

Dalam artikel Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu (Scammer) #1 ini,saya akan fokus kepada 5 ciri-ciri penting peniaga online facebook yang menipu terlebih dahulu dan akan tambahkan lagi pada artikel yang akan datang.

Sebelum anda membuat pembelian dari seseorang penjual di facebook,pastikan anda memeriksa terlebih dahulu akaun facebook si “penjual” tersebut.Ini bagi memastikan anda tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan ini.

DSCN9044

1. Facebook Profile Penjual Meragukan?

facebook-blank-profile-screenshot

Periksa keseluruhan facebook si penjual,mungkin anda rasa ini hanya membuang masa anda,tetapi jika anda tidak ingin menjadi salah seorang mangsa penipuan,anda harus memeriksa keseluruhan facebook si penjual tersebut termasuk komen,post dan lain-lain.

Jika anda rasa “pelik” semacam mungkin anda harus fikir dua kali samada terus ingin membeli dari peniaga tersebut atau cari peniaga-peniaga online di luar sana yang mungkin lebih boleh dipercayai.

 

2. Facebook Profile Baru Dibuat.

facebook-new-account-registration

Salah satu ciri-ciri peniaga online yang cuba menipu ialah facebook profile mereka baru sahaja dibuat dan jumlah rakan-rakan facebook mereka hanya sedikit. Mungkin anda boleh katakan,terdapat juga peniaga online yang “benar” tetapi baru sahaja buat akaun facebook..Ya sudah tentu anda,tetapi yang ingin menipu pun banyak juga,anda ingin tanggung risiko?

Daripada anda membeli dengan peniaga online facebook yang baru sahaja cipta akaun facebooknya 1 – 2 bulan lepas,tentu lebih baik anda membeli dari peniaga-peniaga online yang lebih diyakini dan mempunyai testimoni pelanggan sebaiknya.

 

3. Mempunyai Rakan Facebook Sedikit.

facebook-friends2

Seorang peniaga online yang menggunakan facebook profile untuk menjual,tentu sekali akan berusaha memperbanyakkan rakan-rakan facebook mereka semaksimum yang mungkin.

Tetapi jika anda jumpa akaun peniaga yang hanya mempunyai 200 ke bawah,100 ke bawah,50 orang ke bawah….Hati-hati & Fikir Masak-masak. 😀

 

4. Menggunakan Gambar Facebook Profile Yang Meragukan.

profile-default

Peniaga online yang memang “berniat” untuk menipu,tentu sekali tidak akan menggunakan gambar sebenar mereka untuk diletakkan ke dalam akaun facebook mereka.

Kebiasaannya mereka akan “mencuri” mana-mana gambar profile mangsa lain dan letakkan ke dalam facebook palsu mereka.Ada juga mereka yang akan mencuri gambar-gambar gadis yang comel,kiut,cantik di facebook profile mereka supaya lebih mudah menjerat lelaki-lelaki untuk membeli..Rasanya jual ubat kuat untuk lelaki confirm banyak yang membeli…haha…

Terdapat juga mereka menggunakan gambar-gambar lain,seperti gambar pemandangan,gambar produk,gambar kereta…Walaupun saya pasti bukan semua yang menggunakan gambar seperti ini peniaga online yang menipu,anda harus gabungkan dengan ciri-ciri yang saya berikan sebelum ini.Terpulang kepada anda….

 

5. Menawarkan Sesuatu Produk Dengan Harga Yang “Tidak Logik” Di Facebook.

price

Sebagai seorang pembeli yang bijak,anda harus meneliti kesemua sudut termasuk harga yang ditawarkan penjual kepada anda. Jangan kerana harga yang ditawarkan adalah sangat murah sehingga tidak masuk akal,anda terperangkap di dalam permainan ini…

Seorang peniaga online yang cuba menipu,mungkin sahaja akan meletakkan harga yang sangat murah sehingga tidak masuk akal.Ini bagi memudahkan lagi mereka menarik perhatian para pembeli “tertipah-tertipu” untuk terus membeli tanpa memikir panjang.

Contohnya,jika saya menjual sebuah iPhone 6 32GB ORIGINAL(BARU) TERHAD 5 Buah Sahaja SIAPA CEPAT DIA DAPAT dengan harga RM550…Adakah anda tertarik untuk membeli? Jika YA! Anda mempunyai risiko untuk ditipu…hahah… 😀

 

Baiklah,ini sahaja tips panduan yang saya berikan untuk anda kali ini,insyallah pada artikel yang akan datang,saya akan tambah lagi beberapa Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu dan juga beberapa lagi teknik penipuan yang lain.

Jika anda rasa artikel ini berguna untuk anda,mohon komen “Terima Kasih” di ruangan komen 🙂

Peniaga Online Facebook

Previous ArticleNext Article
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

2 Comments

  1. Assalam saya Elmy Yaacob nak buat laman web perniagaan yang ada link ada nama dan ID saya. Saya buat bisnes Simkad Tone Excel, saya bercadang juga nak buat Blog sendiri dan Blog perniagaan. Saya tinggal di Kajang dengan siapa saya boleh rujuk perkara ini jika ada group tuan yang tinggal berdekatan Kajang, Bangi atau kawasan berhampiran untuk saya dapatkan info selanjutnya. hp 012-6165083 … TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.

Send this to a friend