arama-ict-puis

Baru-baru ini,saya bersama Slyvister (naib pengerusi PUIS) telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah jemputan untuk program ARAMA ICT 2014 yang diadakan di daerah Ranau.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau ini dirasmikan oleh Y.B.Datuk Siringan Gubat,MENTERI PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SABAH.

Slot yang saya bersama Slyvister kendali pula adalah berkaitan dengan asas perniagaan internet.

Antara isi kandungan yang kami berikan ialah pengenalan kepada bisnes internet,usahawan-usahawan internet yang berjaya,cabang-cabang perniagaan internet seperti affiliate,dropship dan banyak lagi.

Semoga bisnes internet ini terus maju di negeri Sabah 🙂