Otak
Setiap manusia pasti mempunyai matlamat kehidupannya sendiri,dan untuk mencapai matlamat tersebut,sudah tentu kita akan berusaha tanpa mengenal erti penat dan jemu.Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar,sudah tentu kos sara hidup lebih tinggi berbanding mereka yang tinggal di kawasan kampung ataupun luar bandar.
Adakalanya,kita terlalu mengejar apa yang kita impikan tanpa kita sedar diri kita sendiri perlukan rehat yang secukupnya.Kita juga mungkin kehilangan momentum ataupun kekuatan untuk mencapai matlamat kita.Pernahkah korang mengalami masalah seperti ini? Pernahkah korang merasakah anda seperti kehilangan “sesuatu” kekuatan untuk mencapai keinginan anda yang sebelum ini membuak-buak?
Jika YA! bermaksud anda perlu berehat,begitu juga tubuh badan anda.Kita kadangkala terlupa setiap anggota tubuh badan kita juga perlu rehat terutama sekali OTAK kita.OTAKlah yang selama ini membantu kita untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan,merancang secara terperinci setiap yang kita inginkan.Menyusun program di dalam otak kita sebelum dihantar ke anggota-anggota tubuh badan kita yang lain.
Namun,ada suatu ketika Otak juga akan penat walaupun ianya setiap kepada “tuan”nya.Adalah lebih baik,benarkan ia berehat dan sebaik mungkin cari suatu tempat yang jauh dari kesibukan kota.Biarkan ia melihat pemandangan hijau keindahan alam yang dicipta oleh Maha Kuasa Allah SWT.
Sudah tentu,anda akan mendapat kembali momentum dan juga kekuatan untuk meneruskan hidup anda sekaligus mencapai segala matlamat kehidupan anda dan ucapanlah Alhamdulillah kepada Maha Pencipta kerana memberikan kita peluang untuk memiliki anggota tubuh badan yang akan membantu kita ke Syurga yang indah pada kehidupan akan datang.Amin.