Sebagai seorang usahawan yang menggunakan platform online untuk mempromosikan perniagaan anda, sudah pasti salah satu medium terbaik untuk mempromosikan perniagaan anda adalah dengan menggunakan page facebook.

Jika anda belum membuat page facebok untuk perniagaan anda, anda boleh menonton video ini :

Namun, salah satu masalah yang saya dapat lihat sendiri, masih ramai usahawan-usahawan di luar sana tidak tahu bagaimana untuk analisis pengunjung yang “like” page facebook mereka.

Mereka tidak tahu siapa yang “like” page facebook mereka,lingkungan umur , jantina, asal dan banyak lagi. Kesimpulannya banyak usahawan tidak mengenal siapa bakal pelanggan ataupun pelanggan yang “like” page facebook mereka.

 

Tahukah anda, anda boleh mengetahui berapa peratus jumlah likers lelaki dan juga perempuan page facebook anda?

Jika anda belum ketahui, usah risau, pada artikel kali ini, saya kongsi kepada anda sedikit ilmu yang ringkas ini, terutamanya bagi mereka yang baru memiliki page facebok untuk bisnes mereka.

1. Pertama sekali, melalui komputer anda, masuk ke page facebook bisnes anda kemudian klik butang “insights” yang terdapat di tepi kanan page facebook anda.


2. Kemudian, klik pada “people“.

Dan, anda akan dapat lihat statistik keseluruhan likers page facebook anda.

Melalui statistik ini, anda akan dapat lihat :

Peratus wanita yang like page facebook anda.
Peratus lelaki yang like page facebook anda.

Peratus lingkungan umur yang like page facebook anda. 
13 – 17, 18 – 24, 25-34, 35,44, 45 – 54, 55 – 64, 65+

Negara pengunjung – pengunjung yang like page facebook anda dan juga bandar mereka.

Adakah butiran-butiran ini penting? 
Ya! Sudah tentu!
Bagaimana anda mampu menjual produk mahupun perkhidmatan jika anda tidak mengenali siapa bakal pelanggan anda? Anda harus mengetahui mereka secara terperinci termasuk umur dan dimana mereka berada!

Baiklah, ini sahaja artikel ringkas daripada saya, saya harap artikel ringkas ini mampu membantu para usahawan-usahawan di luar sana terutamanya mereka yang masih baru dalam mempromosikan perniagaan mereka secara online.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan tidak ingin terlepas artikel-artikel dari blog ini pada masa akan datang, anda boleh subscribe percuma blog ini. Kami akan menghantar notifikasi terus ke facebook ataupun email anda apabila terdapat post-post terbaru dari blog ini 🙂