Mencipta slogan yang terbaik untuk perniagaan anda bukan sesuatu perkara yang mudah.
Walaupun ianya hanya sepotong ayat slogan yang mungkin ringkas, tetapi sudah tentu ianya akan membawa perniagaan anda terbang lebih jauh jika ianya satu slogan yang menarik dan mampu menjadi igauan masyarakat di luar sana.

Lihat sahaja slogan AirAsia, cukup padat dan ringkas. “Now Everyone Can Fly“.
Slogan ini menjadi igauan seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara lain di luar sana.

Baiklah, pada artikel kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda 3 laman web percuma yang anda boleh gunakan sekurang-kurangnya mampu memberikan anda idea untuk slogan perniagaan anda.

Free Slogan Maker : Shopify

Laman web ini merupakan laman web percuma slogan yang bagi saya cukup baik. Anda dapat lihat lebih 1 ribu cadangan slogan yang anda boleh pilih melalui laman web ini apabila anda masukkan keyword pada ruangan yang disediakan.

https://www.shopify.com/tools/slogan-maker

Slogan Generator : Spaces

Laman web ini juga tidak kurang hebatnya, sama seperti pilihan yang pertama, laman web ini juga memberikan idea slogan lebih 1000 slogan untuk perniagaan anda.

Anda hanya perlu masukkan keyword, kemudian klik butang “Search“.

https://gospaces.com/tools/slogan-maker

 

Slogan Generator .co

Selain itu juga, anda juga boleh mencuba mencari idea dari Slogan Generator. Laman web ini nampak sedikit ringkas berbanding dua cadangan laman web sebelum ini.

http://slogangenerator.co/make-a-slogan

 

Baiklah, saya harap jika anda belum mempunyai slogan untuk bisnes anda, artikel ini mampu memberikan anda sedikit idea untuk mendapatkan slogan terbaik untuk perniagaan anda.

Anda harus ingat, slogan yang terbaik dan menarik mampu meningkatkan penjenamaan sesuatu produk ataupun syarikat anda.

Sudah mempunyai slogan untuk produk/syarikat anda? Jom kongsikan di ruangan komen 🙂