Koperasi Pelancongan


Pada 23 Sept 2016 yang lepas, saya dijemput oleh pihak ANGKASA Sabah untuk memberikan bengkel berkenaan pengenalan bisnes online kepada 15 koperasi pelancongan terpilih di Sabah.Program kali ini bertempat di Walai Tokou Homestay,Kundasang,Sabah.

khairilizwanx

Slot bengkel ringkas kali ini adalah berlangsung selama 2 jam dari pukul 8.30 pm – 10.30pm (walaupun sebenarnya terlebih sejam hehe…). Para peserta bengkel begitu semangat ketika bengkel ringkas ini dijalankan,kebanyakkan mereka ingin mengetahui bagaimana cara untuk meng”online”kan perniagaan mereka.

Oleh kerana,wakil-wakil koperasi pelancongan yang hadir telah mempunyai perniagaan mereka sendiri,slot bisnes online kali ini saya lebih fokuskan kepada bagaimana cara untuk mereka meng”online”kan perniagaan mereka.Walaupun masa yang diperuntukkan hanya 2 jam sahaja,saya sedaya upaya memberikan pengenalan ilmu-ilmu bisnes online yang sesuai untuk perniagaan mereka.

koperasi pelancongan

khairilizwan jamros

Insyallah,jika diberi peluang dalam tempoh yang panjang mengadakan bengkel khas bisnes online khas untuk koperasi-koperasi pelancongan Sabah,lebih banyak lagi bahan-bahan yang pihak kami dapat kongsikan kepada para peserta pada masa akan datang 🙂

Salam sukses!

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah,Malaysia
www.khairilizwan.com

Koperasi Pelancongan