Kegagalan

kegagalan

2011 :: 5 tahun lepas…
.
Sebelum mula belajar bisnes online,saya pernah cuba pelbagai jenis bisnes termasuk Kentang Spring ini….Tetapi GAGAL.
.
Dan KEGAGALAN itulah yang bertindak memberikan semangat untuk kita,terus mencari kejayaan untuk terus berjaya..
.
Walaupun saya kini fokus untuk kekuatan bisnes online,saya tetap rindu dan seronok untuk buat bisnes offline,saya belajar berniaga bukan kerana duit semata-mata,tetapi ada sesuatu “kepuasan” ketika kita menerangkan mengenai produk yang kita jual kepada pelanggan-pelanggan kita..dan mereka akan datang lagi dan lagi untuk membeli dari kita…
.
Sewaktu buat bisnes kentang spring ini juga,saya mula belajar mengenai pendapatan pasif & aktif…Belajar terus dari pengalaman,bukan dari teori baca buku..
.
Antara sedikit pelajaran yang saya perolehi sewaktu membuat bisnes kentang spring ini :
– Cara meningkatkan kualiti servis serta kepantasan servis kita.
– Bagaimana cara untuk memikat pelanggan jadi pelanggan tetap.
– Cara melayan ragam pelanggan (ada pelanggan mau sos lebih,ada yang tidak suka sos ehhe..)
– Mudahkan urusan pelanggan,jangan sombong dengan bisnes sendiri.
– Cara bagaimana meyakinkan pelanggan yang kali pertama membeli dari kita.
– Memahami perubahan trend dalam perniagaan.
– Memahami untung rugi dalam bisnes.
– Memahami ilmu pendapatan pasif dan juga aktif.
– Mengatasi rasa malu ketika berhadapan dengan pelanggan.
– Dan banyak lagi :p
.
.
Sebenarnya saya tidak GAGAL,saya bergurau sahaja…
Mana mungkin saya seorang yang GAGAL sedangkan ilmu-ilmu yang saya perolehi lebih banyak dan sangat berharga daripada erti sebuah kegagalan 😀

Kegagalan