Google Trends

Sebagai seorang usahawan,tidak kira usahawan internet mahupun offline,anda harus pandai mengkaji trend sesuatu pasaran.Ianya adalah amat penting untuk mengelakkan anda mempromosikan sesuatu produk agak kurang “laku” @ semakin kurang mendapat permintaan.

Anda harus ingat,semakin tinggi permintaan sesuatu produk tersebut,semakin tinggi pembelian yang akan berlaku. Adalah satu kesilapan yang merugikan jika anda bertungkus-lumus mempromosikan sesuatu produk tersebut sedangkan ianya tidak mendapat permintaan dari pelanggan-pelanggan di luar sana.

google trends

Google Trends

1

Google Trends merupakan salah satu laman web dari Google yang membantu anda mengkaji trend pasaran masa kini di internet terutamanya. Seperti yang kita sedia maklum,kebanyakkan pengguna internet di luar sana biasa menggunakan enjin carian Google untuk mencari sesuatu “produk”.

Dengan menggunakan Google Trends ini,anda sedikit sebanyak dapat mengkaji trend produk yang ataupun perkhidmatan yang anda jual malahan anda juga boleh mengkaji trend produk-produk pesaing anda.

Klik link di bawah ini untuk ke web Google Trends :

https://www.google.com/trends

Baiklah saya berikan satu contoh trend pasaran yang pernah popular pada tahun 2013, iaitu “rumpat laut“.

2a

Pada ruangan “search“,masukkan trend produk atau perkhidmatan yang anda inginkan,sebagai contoh saya masukkan “rumpai laut“.

 

2

Anda akan dapat lihat graf trend pasaran produk yang anda inginkan.Sebagai contoh,dalam graf ini,produk rumpai laut sangat mendapat sambutan pada tahun 2013. Saya masih ingat lagi pada waktu itu,ada yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi kerana permintaan produk tersebut sangat banyak.

2b

Namun apa yang kita dapat lihat,isu “kolegan” berkenaan rumpai laut yang waktu itu sangat hangat dibincangkan merupakan titik permulaan penurunan graf tersebut.Bermaksud permintaan produk rumpai laut tersebut semakin berkurangan.

 

3

Apa yang menarik mengenai Google Trends ini,anda dapat mengetahui negara dan negeri mana yang mem”popular”kan trend ini.

 

4

Selain itu juga,apa yang lebih menarik,anda akan diberikan “keyword-keyword” yang popular berkaitan Google Trends ini. Tentu sekali ianya amat berguna terutamanya kepada para blogger untuk menggunakan keyword-keyword yang popular untuk sesuatu produk tersebut.

Baiklah,ini sahaja artikel saya mengenai Google Trends untuk kali ini,insyallah pada masa akan datang,saya akan kupas secara lebih terperinci lagi mengenai Google Trends ini.

Namun anda harus ingat,bukan semua produk-produk di Malaysia ini “mungkin” tersenarai di dalam Google Trends ini.Terdapat juga produk-produk yang sangat popular di Malaysia tetapi tidak tersenarai di dalam Google Trends ini.

Ini adalah salah satu cara untuk anda mengkaji pasaran,ada banyak lagi cara.. 🙂

SHARE artikel ini jika anda rasa ianya berguna untuk anda dan rakan-rakan anda 🙂

===================================

Saya ada buat group fb baru untuk perkongsian ilmu Bisnes Online,
Jom join kalau berminat 🙂
https://www.facebook.com/groups/khairilizwan89

Google Trends