Khairilizwan

– Sejak dibangku sekolah lagi,saya ada keminatan yang “luar biasa” terhadap komputer.

– Dari kecil lagi,saya TERPAKSA belajar sendiri cara untuk membaiki komputer (sebab saya juga yang selalu rosakkan komputer tersebut” waktu tu repair guna disket lagi (Windows 98/Window Me).

– Kejayaan pertama saya apabila saya dapat repair sistem Windows 98/Windows ME yang bermasalah melalui disket (lebih kurang scandisk) tanpa diajar hasil explore2 bahagian Control Panel.

– Mula join MIRC sewaktu berumur 12 tahun,waktu tu ASL PLS pun x tau apa maksud.

– Game pertama yang saya minat ialah StarCraft (guna cheat untuk menang) dan juga pinball.

– Saya mula selongkar segala sistem yang ada pada Windows ME (pada asalnya Windows 98),termasuklah Window Movie Maker (untuk edit video).

– Sewaktu Tingkatan 3,lebih kurang bulan oktober,komputer kesayangan saya rosak (power supply rosak) dan hampir setahun lebih saya tidak mempunyai komputer dan kadang kala terpaksa ke Cyber Cafe.

– Untuk mengetahui info-info terbaru mengenai teknologi komputer saya suka membaca Majalah PC.

– Virus pertama yang mula2 berjinak dengan saya dan kawan bergaduh ialah virus Brontok,virus yang sangat popular sekitar tahun 2005 – 2007.Virus yang memberi mesej kesenjangan sosial.

– Saya mula merepair komputer rakan-rakan sekitar perumahan tempat saya tinggal secara PERCUMA (belum pandai buat bisnes lagi).

– Dengan alasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),saya dapat alasan mendapatkan sebuah komputer baru.Dan waktu tu rasanya Windows XP baru keluar,dan saya agak bingung sedikit.DAN bermulalah ilmu2 “Autodeduct” saya terhadap komputer.

– Dari software kepada hardware,saya mula belajar membaiki komputer tanpa sebarang tunjukajar dari seorang pun sifu,rahsianya ialah RAJIN MEMBACA!

– Sewaktu rakan-rakan sebaya saya sibuk dengan SPM sambil pegang buku pelajaran..Saya sibuk dengan SPM sambil pegang buku komputer dan skru driver.

– Ilmu2 komputer yang saya sedut tidak boleh dikawal,dari software ke hardware,dari hardware ke software,dari Motherboard hingga ke RAM.Semua saya pelajari tanpa kehadiran seorang sifu,rahsianya RAJIN MEMBACA!

– Saya mula belajar graphic design (photoshop 7 kalau x silap),networking,programming dan banyak lagi.

– Selepas SPM,sambil menunggu panggilan untuk sambung belajar,saya sempat mengikuti kursus komputer LINPEK(Latihan Industri Penyelenggaran Komputer) selama 6 bulan,dan diamanahkan menjadi ketua pelajar LINPEK waktu tu.Waktu tu juga sempat praktikal di kedai komputer Karamunsing & Yayasan Sabah selama 3 – 4 bulan.

– Lepas SPM juga,saya mula belajar ilmu hacking,termasuk membuat koleksi kumpul virus-virus (sehingga ke hari ini saya masih simpan)..Pernah dulu hampir lebih 300+ virus ***** merebak seluruh indonesia & Malaysia,boleh remote dari jauh.. (Dan sekarang insaf dah hehe..).Oleh sebab saya tidak sanggup menjadi Blackhat,cuma boleh menjadi Whitehat,Saya mula membuat blog pertama saya Cekap Komputer (http://cekapkomputer.com) pada tahun 2008.

– Belum sempat mendapat tawaran sambung belajar,saya dipanggil untuk temuduga bahagian IT,dan berjaya mendapat tawaran berkerja dalam Gov seumur 18 tahun (tanpa sebarang kabel) pada tahun 2008.

– Mula bergiat aktif dengan forum antaranya [email protected] & Cari Gold. (Berkenalan dengan seorang rakan ApoNie,pembuat perisian GVR – GeeKz Virus Remover) sekarang dia kerja kat Cyber Security Malaysia dah tu.

– Seterusnya saya mula berjinak-jinak dengan sistem Linux termasuk server dan sempat bersama-sama dengan otai2 linux dan programmer membentuk Kota Kinabalu Linux User Group yang kemudiannya bertukar ke nama Sabah Open Source Group (SOSG).

– Tahun 2008 juga sebenarnya bermula penglibatan awal saya dalam perniagaan internet,dan masih lagi tertumpu cara menjana pendapatan melalui iklan di blog.

* Sekarang saya pengguna tegar 3 sistem ini iaitu Linux,OSX & Windows.
* Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis…hehe….
* Gambar yang dipaparkan ialah sebuah laptop Asus XV6 yang telah dibongkar habis.

Sekian,itu sahaja laporan ringkas dari saya Khairilizwan Jamros.

Khairilizwan
Owner Cekap Komputer
Khaiz Network

#headlinebiargempak #cekapkomputer2008 #khaiznetwork #khairilizwan

Khairilizwan