Seminar Pemasaran Internet (siri2/2017) @ Kota Kinabalu

Alhamdulillah, setelah kejayaan mengadakan seminar pemasaran internet kali-1 / 2017 pada hujung Feb 2017 yang lepas, kini atas permintaan, kami mengadakan lagi seminar pemasaran internet untuk siri ke-2.

Seminar yang lepas, kami mendapat banyak maklumbalas yang positif terutamanya dari para usahawan-usahawan di luar sana. Walaupun seminar tersebut diadakan di Kota Kinabalu, tetapi terdapat juga peserta yang datang dari Tawau, Keningau & Ranau semata-mata untuk hadir ke seminar tersebut.

Anda boleh lihat artikel penuh mengenai seminar yang lepas melalui :

Seminar Pemasaran Internet Sabah (Feb 2017)

Hye Usahawan Sabah! Pendaftaran Dibuka!
Seminar Pemasaran Internet (Sabah) Siri 2/2017

Apa Yang Anda Pelajari??? :

  • Asas Pemasaran Internet..
  • Teknik “Online”kan Bisnes Anda.
  • Kaedah Santai “Branding” Bisnes Anda.
  • DAN BANYAK LAGI RAHSIA PEMASARAN INTERNET AKAN DIKONGSI…

Tarikh : 01hb April 2017
*Masa : 9am – 330pm*
*Tempat : Bilik Seminar Tekun, Harbor City*

Penceramah :
Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah, Malaysia
Pengasas Khaiz Group & Sabahan Dot My
http://khaiz.com

Yuran : RM89/pax
(Termasuk hidangan ringan)

PERCUMA
Panduan & Tool Online Marketing.

Tempat Terhad!!
Daftar & Info Lanjut :
0146757711 (DZARINA)
(Whatsapp/SMS)

Sila klik :
 http://usahawansabah.com

Seminar Pemasaran Internet Sabah (Feb 2017)

Alhamdulillah, 25 Feb 2017 yang lepas, selesai program Seminar Pemasaran Internet (Siri 1/2017) yang dijalankan oleh Khaiz Group hasil kerjasama bersama Dana Sari.

Seminar ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran mengenai pemasaran internet terutamanya kepada usahawan-usahawan di Sabah.

Syukur, walaupun ini merupakan kali pertama untuk tahun 2017 dan juga boleh dikatakan kemunculan saya kembali dalam dunia perniagaan internet ini sejak hampir sekian lama sibuk membangunkan tiang-tiang utama Khaiz Group, boleh dikatakan program seminar pemasaran internet untuk feb 2017 ini sangat berjalan dengan lancar.

Apa yang amat mengagumkan saya, peserta-peserta yang datang bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu tetapi ada juga yang datang dari jauh seperti di Tawau,Ranau dan Keningau serta kebanyakkan daripada mereka langsung tidak mengenali atau mengikuti perkembangan diri saya sebelum ini.

Yang pastinya, mereka semua sangat mendahagakan ilmu pemasaran internet yang sudah tentu pada masa kini ilmu ini sangat penting untuk para usahawan di luar sana. Pada awal program, saya mengambil sedikit masa untuk mengadakan sesi suai kenal kepada mereka semua. Dengan mengetahui sedikit latar belakang mereka, memudahkan lagi untuk saya menyelami sekaligus mengenali mereka dengan lebih dekat.

Mengikut perancangan awal, program sepatutnya bermula jam 9 pagi dan dianggarkan tamat pada jam 1 petang. Namun, oleh kerana peserta-peserta yang hadir sangat bersemangat, program tersebut tamat lebih kurang jam 4.15 petang.

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut ialah :

  • Asas perniagaan internet (secara terperinci dan santai).
  • Cara mencipta serta meningkatkan “branding” bisnes dan diri anda.
  • Kaedah “online”kan perniagaan anda secara santai.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu yang dikongsikan sepanjang program tersebut. Program tersebut berlangsung dengan sangat santai dan peserta-peserta yang hadir juga saling berkongsi pengalaman serta ilmu mereka kepada peserta yang lain. Apa yang lebih penting, mereka juga mendapat rakan-rakan baru di dalam seminar ini.

Alhamdulillah, saya juga mendapat maklum balas yang positif dari peserta-peserta yang hadir selepas tamat seminar tersebut. Kebanyakkan daripada mereka juga bercadang untuk mengikuti bengkel susulan pada masa akan datang.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program dari saya, boleh subscribe percuma :

10 Sebab Mengapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web!

web-design-display
Tidak dapat dinafikan,bisnes online kini menjadi salah satu keperluan penting untuk bisnes anda.Tidak kira sebelum ini anda menjalankan bisnes offline sekali pun,anda harus menambah elemen-elemen bisnes online ke dalam bisnes offline anda.

Sudah pasti keadaan ekonomi pada masa kini memerlukan anda berfikir secara lebih kreatif dan meningkatkan kelajuan bisnes anda.Apa yang saya dapat lihat sekarang,adalah satu kerugian jika anda tidak memasukkan elemen bisnes online di dalam bisnes anda. Tidak kiralah anda membuka cafe,kedai cuci kereta,sewa kereta,homestay dan lain-lain,bisnes online kini sangat penting untuk memastikan anda tidak terus hanyut ketinggalan di zaman yang penuh mencabar ini.

Baiklah di sini saya senaraikan 10 sebab mengapa anda perlu memiliki laman web untuk bisnes anda sendiri :

1 – Tapak Bisnes Anda Sendiri
laman web

Mungkin bagi anda,platform-platform di luar sana seperti Facebook ataupun instagram sudah memadai untuk mempromosikan bisnes anda.Tapi anda harus ingat,anda masih menumpang di “rumah” orang lain.

Bagaimana sekiranya facebook ataupun instagram bisnes anda yang mempunyai ratusan likes tiba-tiba sahaja dipadam oleh facebook seperti yang pernah berlaku oleh beberapa usahawan sebelum ini? Adakah anda terpaksa mula dari bawah semula? Cadangkan saya,bina “tapak bisnes anda sendiri” iaitu laman web anda sendiri.

2 – Tingkatkan Brand Bisnes Anda

brand
Memiliki laman web anda sendiri juga akan meningkatkan lagi keyakinan bakal-bakal pelanggan anda kepada anda.Sudah pasti mereka lebih mudah yakin dengan anda dan menganggap anda betul-betul serius dalam menjalankan perniagaan anda jika anda mempunyai laman web anda sendiri.

Bayangkan kerugian yang anda perolehi sekiranya pesaing anda telah meningkatkan kreadibiliti mereka melalui laman web mereka sendiri sedangkan anda masih belum memiliki lagi laman web anda sendiri.

3 – Potensi Dipromosikan Melalui Enjin Carian
google

Selain itu juga,laman web anda akan lebih mudah dan berpotensi untuk dijumpai di enjin carian seperti Google.com. Sekiranya bakal-bakal pelanggan anda terjumpa laman web anda melalui enjin carian,bermaksud anda mampu mempromosikan perniagaan anda secara PERCUMA. Best kan 🙂

4 – Pasaran Lebih Meluas
pasaran luas
Salah satu kebaikkan mempunyai laman web anda sendiri,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan lebih meluas lagi.Jika sebelum ini anda hanya mampu mempromosikan bisnes anda di kawasan berdekatan sahaja termasuk pesaing-pesaing anda,kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan mempromosikan secara online,pasaran untuk bisnes anda lebih meluas.

5 – Kos Promosi Lebih Jimat
jimat
Kos promosi untuk bisnes anda juga akan lebih jimat jika anda mempunyai laman web anda sendiri. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencetak sebarang bahan promosi seperti flyer untuk bisnes anda,anda boleh terus tampal bahan-bahan promosi ke laman web anda dan dilihat oleh bakal-bakal pelanggan anda di mana sahaja mereka berada.

6 – Zaman Generasi Bijak IT
2016-05-06-1462539856-7174175-6358850986901693652109630270_TECHTRENDS

Tidak dapat dinafikan,generasi baru kini adalah generasi “bijak IT”,kebanyakkan mereka yang lahir terutamanya anak-anak remaja masa kini sudah terbiasa dengan teknologi-teknologi pada masa kini.Mereka sudah terbiasa dengan gadjet-gadjet serta melayari internet. Sudah pasti anda tentu akan terlepas peluang jika tidak mengambil peluang ini.

7 – Mudah diakses Melalui Telefon Pintar

hands texting with mobile phones in cafe
hands texting with mobile phones in cafe

Apa yang lebih menarik pada masa kini,kebanyakkan daripada kita kini sangat mudah untuk melayari internet di mana-mana sahaja kita berada.Tidak kira pelanggan anda berada di dewan,kedai makan,kedai cuci kereta,perpustakaan,taman atau dimana sahaja,pelanggan anda dapat melayari laman web anda di mana sahaja anda berada.

8 – Promosi Secara 24/7
247

Selain itu,dengan mempunyai laman web anda sendiri juga,anda dapat mempromosikan bisnes anda 24jam sehari setiap masa.Tambahan pula,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan santai dan mudah dengan adanya laman web anda sendiri tanpa anda perlu bersusah payah.

9 – Anda tidak ketinggalan oleh pesaing anda.
turtle

Mungkinkah juga pesaing anda juga telah memiliki laman web bisnes mereka sendiri dan mula mempromosikan bisnes mereka secara online? Usah ketinggalan! Anda harus pantas menuju ke hadapan.

10 – Rakan-rakan atau agen anda boleh membantu mempromosi bisnes anda.
viral_main

Dengan memiliki laman web anda sendiri juga,rakan-rakan ataupun agen-agen anda boleh membantu mempromosikan bisnes anda dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada.Mereka juga boleh SHARE laman web anda di mana-mana laman sosial seperti facebook dan lain-lain.

11 – Selesaikan Masalah Kawasan Kedai Anda Tidak Strategik
JB-FE-Shop_10

Jangan jadikan masalah kedai anda terletak di kawasan yang tidak strategik sebagai satu alasan untuk anda terus menyalahkan penyebab kedai anda kurang laku dan sebagainya.Tindakan anda salahkan itu dan ini juga tidak akan menyelesaikan masalah bisnes anda malahan akan menyebabkan bisnes anda mungkin ke ambang kejatuhan!

Gunakan kuasa yang ada pada laman web untuk mempromosikan kedai anda secara online,jika kaedah promosi anda menarik dan hebat,bakal-bakal pelanggan anda akan tetap mencari kedai anda walaupun terletak jauh dari pandangan mata kawasan tumpuan orang ramai!

Baiklah! Ini adalah 10 sebab mengapa anda harus memiliki laman web anda sendiri.Saya pasti jika anda berfikir untuk jangka masa yang panjang,anda harus memiliki laman web untuk bisnes anda.

Tambahan pula pada masa kini,keadaan ekonomi tidak begitu berada di tahap yang baik dan kita harus sama-sama mencari jalan untuk memastikan perniagaan kita mampu berjalan dengan lancar dan berkembang.

Mini Web Usahawan

Dapatkan PERCUMA Ebook Panduan Asas Menjadi Peniaga Online Berjaya! & Ebook ” Cara Membuat & Mengurus Page FB” Dalam masa yang SANGAT TERHAD!

Oh ya! Pada 25hb Julai 2016 nanti,pihak Khaiz Group yang dibangunkan oleh saya sendiri bersama team saya akan melancarkan Mini Web Usahawan. Produk ini dijangka akan menyelesai masalah usahawan-usahawan yang ingin memiliki laman web mereka sendiri dengan harga kos yang sangat murah dan berpatutan.

Tambahan pula,setiap usahawan-usahawan yang membeli pakej ini akan diberikan satu domain khas sendiri ( .com ) untuk meningkatkan lagi brand perniagaan mereka dan Mini Web Usahawan ini mudah diakses dimana-mana sahaja termasuk melalui telefon pintar anda.

ecover-epiz (final)300

Contoh Mini Web Usahawan :
http://webisnes.com/homestay
http://webisnes.com/sewakereta
http://webisnes.com/kek
http://webisnes.com/urut
http://webisnes.com/bengkelkereta
http://webisnes.com/restoran
http://webisnes.com/fotografi
http://webisnes.com/butik
http://webisnes.com/produksihat
http://webisnes.com/produkcantik

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan info lanjut mengenai Mini Web Usahawan ini :

Dapatkan PERCUMA Ebook Panduan Asas Menjadi Peniaga Online Berjaya! & Ebook ” Cara Membuat & Mengurus Page FB” Dalam masa yang SANGAT TERHAD!

http://webisnes.com

 

 

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.