1nitax Seminar-1Nita

Pada 27 – 29/4/2013 yang lepas,Saya bersama Persatuan Usahawan Internet Sabah (PUIS) diberi peluang untuk memberi penerangan mengenai asas perniagaan online kepada lebih 200 peserta wanita dalam program 1Nita anjuran bersama MYNIC Berhad.

Memang suatu pengalaman yang menarik bercampur dengan perasaan sedikit gementar ketika memberikan ceramah berkaitan bisnes online kepada para peserta.Tambahan pula,sebelum ini saya belum pernah memberi ceramah kepada usahawan wanita sebanyak itu dalam satu masa.

Alhamdulillah,saya dan seorang lagi rakan saya (iter) akhirnya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan itu.Di dalam kursus tersebut juga,saya sempat bertemu dengan beberapa usahawan yang terkenal iaitu Amirol Zolkifli (pengasas Sistem Affiliate Lite),Zaki Jtc (JomTraining),Shamsul Kamal (pemilik SKSA Technology ) dan banyak lagi.

Semoga akan lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan bersama pada masa akan datang 🙂