Rindu Yang Hilang
Hasil kerjasama 3 buah pihak Khaiz Network,Sakinah vs Ondu dan Aznor Jipin,akhirnya video klip parodi lagu terbaru Aznor Jipin iaitu Rindu Yang Hilang telah berjaya disiapkan dan kini telah mencecah lebih 18 ribu views di laman sosial facebook.
Bukan itu sahaja,malah beberapa sedutan video klip ini juga turut ditayangkan di Sioknya Bayu @ TVi.
Alhamdulillah,sepanjang pembikinan video klip ini,saya amat berpuas hati dengan kesungguhan yang diberikan oleh semua pihak.Malah lagu “Rindu Yang Hilang” ini kini semakin mendapat sambutan di kalangan pendengar-pendengar di luar sana.
Jika anda ingin menonton di sebalik tabir pembikinan video klip parodi ini,anda boleh lihat video di atas ini.
Video klip ORIGINAL “Rindu Yang Hilang” pun dah siap,nantikan kemunculannya ^^