jadual2015khai copy

Seorang rakan niaga saya bertanya kepada saya,bagaimana saya mampu menguruskan masa saya sedangkan saya seorang “SYMP” dan juga mengurus Biz saya…

Jawapannya,mahu tidak mahu,saya “terpaksa” membuat JADUAL untuk setiap kehidupan saya…Jadual ini walapun tidak membantu 100% sebab kadangkala ada masanya “lupa” diikuti,namun ianya sudah cukup untuk melatih diri saya untuk lebih konsisten & berdisiplin untuk mencapai VISI & MISI yang telah ditanamkan dengan diri.

JADUAL ini juga,membantu otak saya untuk bekerja dengan lebih teratur dan jika berada dalam keadaan “blurrrrr”.

:: Nak Tips Untuk Buat Jadual Kehidupan Anda? ::
– Buatlah jadual yang santai dan tidak membebankan diri anda.
– Utamakan yang utama.
– Bahagikan kerja-kerja anda di dalam beberapa kumpulan,adalah lebih baik gunakan kaedah “peta minda”.
– Tanam visi dan misi untuk diri anda di dalam jadual ini (bayangkan anda ambil cangkul,korek lubang di tanah,dan kemudian tanam!).
– Ketahuilah jadual yang anda cipta itu untuk “diri anda”.

* Teringat sewaktu kecil,saya selalu buat jadual seperti ini..siap dengan waktu berus gigi,mandi,waktu keluar bermain,waktu tidur,waktu buat kerja rumah dan kebiasaanya jadual tu cuma akan bertahan selama 2 minggu sahaja…haha 😀

p/s Jika kita masih belum BERJAYA,kita tidak boleh salahkan “MASA” sebagai penyebabnya…Kerana kita semua diberikan 24jam/sehari adil dan sama rata,tiada yang dapat 24jam 01 saat / sehari.

#khaiz #khairilizwan #khairilizwanjamros #khaiznetwork #internetmarketing #symp