RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Khairilizwan Bin Jamros

Perawat Qalbu | Strategi Digital | Ekosistem

Khairilizwan Jamros ialah seorang penggerak idea dan pembina ekosistem digital yang berasal dari Kudat, Sabah. Dengan pengalaman lebih 14 tahun dalam bidang pemasaran internet sejak 2008, beliau menggabungkan kekuatan pembangunan jiwa, strategi digital dan pembinaan sistem untuk membantu individu serta organisasi berkembang secara mampan.

Sebagai pengasas Khaiz Empire, beliau aktif membangunkan penyelesaian digital dan program latihan kemahiran untuk belia serta usahawan. Pendekatan beliau menekankan keseimbangan antara nilai dalaman dan keupayaan teknologi agar pertumbuhan yang dicapai bukan sekadar sementara, tetapi berstruktur dan berimpak jangka panjang.


Kepakaran

  • Strategi & Transformasi Digital

  • Digital Marketing

  • Professional Training & Facilitation

  • Videografi & Fotografi

  • Web Design & Graphic Design

  • Sistem Linux & Pengurusan Server

  • Penyelenggaraan Komputer

  • Artificial Intelligence (AI)

  • Pembangunan Ekosistem Komuniti


Pendidikan & Pensijilan

Sekolah Menengah Teknik Likas (2006)
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

Penjawat Awam FT19 (KPM) (2007–2019)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Certified Professional Trainer & Learning Facilitator (2020)
NFNLP, USA

Certified NDTS (SLDN/ADI) Trainer & Coach (2025)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Malaysia


Pengalaman & Peranan

  • Pengasas Komuniti Online Juruteknik Komputer Sabah (2008)

  • Pengasas & Pengerusi Persatuan Usahawan Internet Sabah (2013)

  • Pengurus & Pengasas Khaiz Network (Khaiz Empire) (2013)

  • Perawat Ruqyah Syariah – Quranic Healing Sabah (2015)

  • Pengasas Komuniti Sabahan Dot My (2016)

  • Icon Usahawan Kluster Media Online – GMB Sabah (2017)

  • Penceramah & Tenaga Pengajar Pemasaran Digital untuk lebih 40 program pelbagai agensi


Falsafah Peribadi

Permulaan kepada perubahan bermula dari dalam diri. Pembentukan jati diri yang jelas menjadi asas kepada kepimpinan yang berintegriti dan strategi yang berkesan. Dalam dunia digital yang sentiasa berubah, kekuatan dalaman dan pembinaan ekosistem yang tersusun adalah kunci kepada pertumbuhan yang mampan.

© Copyright 2026 Khairilizwan Jamros. All rights reserved.