019 - 8616716 (SMS / Whatsapp) [email protected]
Khaiz 16

Khaiz Group : Sebulan Sebelum 2017

Khaiz

khaiz

Tahun 2016 ini merupakan tahun yang menarik untuk Khaiz Group
.
Apabila Sabahan Dot My dilahirkan dengan perancangan spontan sewaktu meeting kali pertama dengan ahli-ahli Khaiz Group baru pada 4 Okt 2015,acuan ramuan khas Sabahan Dot My boleh dikatakan luar dari jangkaan selepas mula dilancarkan pada 1 Januari 2016.
.
Beberapa bahagian komuniti,artis & usahawan pada mulanya bingung dan tidak faham mengenai kewujudan Sabahan Dot My, namun mungkin faktor “unfair advantage” yang ada pada Khaiz Group termasuk krew-krew memudahkan perjalanan kami untuk membentuk Sabahan Dot My. Sabahan Dot My dilahirkan dengan aura “sabahan” tanpa perlu menyentuh perbezaan politik,agama,bangsa,budaya & cara hidup.

Berbaki sebulan lebih sebelum masuk tahun 2017,
Ada satu lagi program yang perlu diselesaikan sebelum krew-krew Khaiz Group @ Sabahan Dot My berehat dan membuat persediaan perancangan-perancangan bagi tahun 2017 nanti.
.
Tahun 2017 nanti,yang juga akan menyaksikan kegawatan ekonomi akan lebih hebat lagi..Saya pasti Khaiz Group @ Sabahan Dot My akan menjadi lebih hebat lagi dengan kemunculan “kapal layar” yang lebih besar kerana kami bermain di “lautan” yang kami cipta sendiri. Beberapa perancangan yang tersusun & sangat berhati-hati akan kami munculkan pada tahun hadapan.
.
Kenapa Khaiz Group @ Sabahan Dot My akan menjadi lebih hebat tahun hadapan dan seterusnya?
– Tahun 2016 ni baru testing bah tu…hehe…
.
.
Semasa kegawatan ekonomi,akan ada bisnes yang jatuh ada bisnes yang akan naik. Tugas kita untuk mengikuti laluan tersebut..
Semoga kita terus sukses dan bertahan untuk mengharungi kegawatan ekonomi ini.
.
Terima kasih kepada semua pihak termasuk artis-artis sabah,komuniti-komuniti,usahawan-usahawan,ibu bapa,rakan-rakan,sifu-sifu,otai & petai yang sentiasa menyokong kehadiran Khaiz Group & Sabahan Dot My.
Seperti yang selalu saya katakan,”Sabahan Dot My tu abang sulung,ada lagi adik beradiknya yang lain…”
.
.
“Support Sabahan, Support Sabahan Dot My”
.
Khairilizwan Jamros
Founder Khaiz Group
@ Sabahan Dot My

Khaiz

Khairilizwan Jamros

Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog.

Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi.

Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.