Exclusive Stories!

Belajar Kegagalan Dalam Bisnes Kentang Spring!

Kegagalan

kegagalan

2011 :: 5 tahun lepas...
.
Sebelum mula belajar bisnes online,saya pernah cuba pelbagai jenis bisnes termasuk Kentang Spring ini....Tetapi GAGAL.
.
Dan KEGAGALAN itulah yang bertindak memberikan semangat untuk kita,terus mencari kejayaan untuk terus berjaya..
.
Walaupun saya kini fokus untuk kekuatan bisnes online,saya tetap rindu dan seronok untuk buat bisnes offline,saya belajar berniaga bukan kerana duit semata-mata,tetapi ada sesuatu "kepuasan" ketika kita menerangkan mengenai produk yang kita jual kepada pelanggan-pelanggan kita..dan mereka akan datang lagi dan lagi untuk membeli dari kita...
.
Sewaktu buat bisnes kentang spring ini juga,saya mula belajar mengenai pendapatan pasif & aktif...Belajar terus dari pengalaman,bukan dari teori baca buku..
.
Antara sedikit pelajaran yang saya perolehi sewaktu membuat bisnes kentang spring ini :
- Cara meningkatkan kualiti servis serta kepantasan servis kita.
- Bagaimana cara untuk memikat pelanggan jadi pelanggan tetap.
- Cara melayan ragam pelanggan (ada pelanggan mau sos lebih,ada yang tidak suka sos ehhe..)
- Mudahkan urusan pelanggan,jangan sombong dengan bisnes sendiri.
- Cara bagaimana meyakinkan pelanggan yang kali pertama membeli dari kita.
- Memahami perubahan trend dalam perniagaan.
- Memahami untung rugi dalam bisnes.
- Memahami ilmu pendapatan pasif dan juga aktif.
- Mengatasi rasa malu ketika berhadapan dengan pelanggan.
- Dan banyak lagi :p
.
.
Sebenarnya saya tidak GAGAL,saya bergurau sahaja...
Mana mungkin saya seorang yang GAGAL sedangkan ilmu-ilmu yang saya perolehi lebih banyak dan sangat berharga daripada erti sebuah kegagalan ­čśÇ

Kegagalan

10 Sebab Mengapa Bisnes Anda Perlukan Laman Web!

web-design-display
Tidak dapat dinafikan,bisnes online kini menjadi salah satu keperluan penting untuk bisnes anda.Tidak kira sebelum ini anda menjalankan bisnes offline sekali pun,anda harus menambah elemen-elemen bisnes online ke dalam bisnes offline anda.

Sudah pasti keadaan ekonomi pada masa kini memerlukan anda berfikir secara lebih kreatif dan meningkatkan kelajuan bisnes anda.Apa yang saya dapat lihat sekarang,adalah satu kerugian jika anda tidak memasukkan elemen bisnes online di dalam bisnes anda. Tidak kiralah anda membuka cafe,kedai cuci kereta,sewa kereta,homestay dan lain-lain,bisnes online kini sangat penting untuk memastikan anda tidak terus hanyut ketinggalan di zaman yang penuh mencabar ini.

Baiklah di sini saya senaraikan 10 sebab mengapa anda perlu memiliki laman web untuk bisnes anda sendiri :

1 - Tapak Bisnes Anda Sendiri
laman web

Mungkin bagi anda,platform-platform di luar sana seperti Facebook ataupun instagram sudah memadai untuk mempromosikan bisnes anda.Tapi anda harus ingat,anda masih menumpang di "rumah" orang lain.

Bagaimana sekiranya facebook ataupun instagram bisnes anda yang mempunyai ratusan likes tiba-tiba sahaja dipadam oleh facebook seperti yang pernah berlaku oleh beberapa usahawan sebelum ini? Adakah anda terpaksa mula dari bawah semula? Cadangkan saya,bina "tapak bisnes anda sendiri" iaitu laman web anda sendiri.

2 - Tingkatkan Brand Bisnes Anda

brand
Memiliki laman web anda sendiri juga akan meningkatkan lagi keyakinan bakal-bakal pelanggan anda kepada anda.Sudah pasti mereka lebih mudah yakin dengan anda dan menganggap anda betul-betul serius dalam menjalankan perniagaan anda jika anda mempunyai laman web anda sendiri.

Bayangkan kerugian yang anda perolehi sekiranya pesaing anda telah meningkatkan kreadibiliti mereka melalui laman web mereka sendiri sedangkan anda masih belum memiliki lagi laman web anda sendiri.

3 - Potensi Dipromosikan Melalui Enjin Carian
google

Selain itu juga,laman web anda akan lebih mudah dan berpotensi untuk dijumpai di enjin carian seperti Google.com. Sekiranya bakal-bakal pelanggan anda terjumpa laman web anda melalui enjin carian,bermaksud anda mampu mempromosikan perniagaan anda secara PERCUMA. Best kan ­čÖé

4 - Pasaran Lebih Meluas
pasaran luas
Salah satu kebaikkan mempunyai laman web anda sendiri,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan lebih meluas lagi.Jika sebelum ini anda hanya mampu mempromosikan bisnes anda di kawasan berdekatan sahaja termasuk pesaing-pesaing anda,kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan mempromosikan secara online,pasaran untuk bisnes anda lebih meluas.

5 - Kos Promosi Lebih Jimat
jimat
Kos promosi untuk bisnes anda juga akan lebih jimat jika anda mempunyai laman web anda sendiri. Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk mencetak sebarang bahan promosi seperti flyer untuk bisnes anda,anda boleh terus tampal bahan-bahan promosi ke laman web anda dan dilihat oleh bakal-bakal pelanggan anda di mana sahaja mereka berada.

6 - Zaman Generasi Bijak IT
2016-05-06-1462539856-7174175-6358850986901693652109630270_TECHTRENDS

Tidak dapat dinafikan,generasi baru kini adalah generasi "bijak IT",kebanyakkan mereka yang lahir terutamanya anak-anak remaja masa kini sudah terbiasa dengan teknologi-teknologi pada masa kini.Mereka sudah terbiasa dengan gadjet-gadjet serta melayari internet. Sudah pasti anda tentu akan terlepas peluang jika tidak mengambil peluang ini.

7 - Mudah diakses Melalui Telefon Pintar

hands texting with mobile phones in cafe
hands texting with mobile phones in cafe

Apa yang lebih menarik pada masa kini,kebanyakkan daripada kita kini sangat mudah untuk melayari internet di mana-mana sahaja kita berada.Tidak kira pelanggan anda berada di dewan,kedai makan,kedai cuci kereta,perpustakaan,taman atau dimana sahaja,pelanggan anda dapat melayari laman web anda di mana sahaja anda berada.

8 - Promosi Secara 24/7
247

Selain itu,dengan mempunyai laman web anda sendiri juga,anda dapat mempromosikan bisnes anda 24jam sehari setiap masa.Tambahan pula,anda mampu mempromosikan bisnes anda dengan santai dan mudah dengan adanya laman web anda sendiri tanpa anda perlu bersusah payah.

9 - Anda tidak ketinggalan oleh pesaing anda.
turtle

Mungkinkah juga pesaing anda juga telah memiliki laman web bisnes mereka sendiri dan mula mempromosikan bisnes mereka secara online? Usah ketinggalan! Anda harus pantas menuju ke hadapan.

10 - Rakan-rakan atau agen anda boleh membantu mempromosi bisnes anda.
viral_main

Dengan memiliki laman web anda sendiri juga,rakan-rakan ataupun agen-agen anda boleh membantu mempromosikan bisnes anda dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada.Mereka juga boleh SHARE laman web anda di mana-mana laman sosial seperti facebook dan lain-lain.

11 - Selesaikan Masalah Kawasan Kedai Anda Tidak Strategik
JB-FE-Shop_10

Jangan jadikan masalah kedai anda terletak di kawasan yang tidak strategik sebagai satu alasan untuk anda terus menyalahkan penyebab kedai anda kurang laku dan sebagainya.Tindakan anda salahkan itu dan ini juga tidak akan menyelesaikan masalah bisnes anda malahan akan menyebabkan bisnes anda mungkin ke ambang kejatuhan!

Gunakan kuasa yang ada pada laman web untuk mempromosikan kedai anda secara online,jika kaedah promosi anda menarik dan hebat,bakal-bakal pelanggan anda akan tetap mencari kedai anda walaupun terletak jauh dari pandangan mata kawasan tumpuan orang ramai!

Baiklah! Ini adalah 10 sebab mengapa anda harus memiliki laman web anda sendiri.Saya pasti jika anda berfikir untuk jangka masa yang panjang,anda harus memiliki laman web untuk bisnes anda.

Tambahan pula pada masa kini,keadaan ekonomi tidak begitu berada di tahap yang baik dan kita harus sama-sama mencari jalan untuk memastikan perniagaan kita mampu berjalan dengan lancar dan berkembang.

Mini Web Usahawan

Dapatkan PERCUMA Ebook Panduan Asas Menjadi Peniaga Online Berjaya! & Ebook " Cara Membuat & Mengurus Page FB" Dalam masa yang SANGAT TERHAD!

Oh ya! Pada 25hb Julai 2016 nanti,pihak Khaiz Group yang dibangunkan oleh saya sendiri bersama team saya akan melancarkan Mini Web Usahawan. Produk ini dijangka akan menyelesai masalah usahawan-usahawan yang ingin memiliki laman web mereka sendiri dengan harga kos yang sangat murah dan berpatutan.

Tambahan pula,setiap usahawan-usahawan yang membeli pakej ini akan diberikan satu domain khas sendiri ( .com ) untuk meningkatkan lagi brand perniagaan mereka dan Mini Web Usahawan ini mudah diakses dimana-mana sahaja termasuk melalui telefon pintar anda.

ecover-epiz (final)300

Contoh Mini Web Usahawan :
http://webisnes.com/homestay
http://webisnes.com/sewakereta
http://webisnes.com/kek
http://webisnes.com/urut
http://webisnes.com/bengkelkereta
http://webisnes.com/restoran
http://webisnes.com/fotografi
http://webisnes.com/butik
http://webisnes.com/produksihat
http://webisnes.com/produkcantik

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan info lanjut mengenai Mini Web Usahawan ini :

Dapatkan PERCUMA Ebook Panduan Asas Menjadi Peniaga Online Berjaya! & Ebook " Cara Membuat & Mengurus Page FB" Dalam masa yang SANGAT TERHAD!

http://webisnes.com

 

 

Sabahan Dot My Mencecah 50 Ribu Likes Dalam Masa 5 Bulan 18 Hari!

Sabahan


Alhamdulillah,hasil dari sokongan daripada semua pihak,page facebook Sabahan Dot My akhirnya mencapai 50 ribu likes dalam masa 5 Bulan 18 hari. Bukan itu sahaja, jumlah "people reached" juga telah mencapai 2 juta dalam minggu tersebut.

Sabahan.my 2.2 Juta People Reached" width="315" height="328" />
Terima kasih juga terutamanya kepada team Khaiz Group kerana sama-sama bertungkus lumus membangunkan Sabahan Dot My ini begitu juga support daripada rakan-rakan artis yang lain.

Tidak sangka perancangan spontan yang saya dan juga team lakukan untuk membangunkan Sabahan Dot My menggunakan 3 elemen penting membuahkan hasil dan disokong oleh semua pihak tidak kira kaum,bangsa dan agama.

Sepanjang 5 bulan ini,pelbagai pengalaman-pengalaman menarik yang kami lalui,terutamanya dalam membangunkan komuniti positif dan sihat melalui Sabahan Dot My.Saya sering menekankan aspek-aspek positif perlu diserapkan dari semasa ke semasa ke dalam Sabahan Dot My.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang sama-sama menyokong Sabahan Dot My!
Support Sabahan,Support Sabahan Dot My!

#sabahan #sabah #khaiz #khaizgroup

Sabahan

Perkembangan Bisnes Online Di Sabah

Bisnes Online

bisnes online

Sekitar tahun 2011,bersama insan-insan yang meminati ilmu bisnes online.Boleh dikatakan waktu ni masih sangat kurang kita boleh lihat usahawan-usahawan internet di Sabah (mungkin juga banyak di luar sana tapi bergerak solo) ataupun mungkin saya kurang melihat?
.
Mempelajari ilmu bisnes online pada ketika itu mungkin sedikit mencabar berbanding rakan-rakan kita yang berada di Semenanjung Malaysia,kita mungkin tidak akan terjumpa dengan seorang Mentor IM yang boleh mengajar kita secara "face to face",walaupun pada waktu itu, otai Irfan Khairi bersama pernah beberapa kali datang ke Sabah untuk memberi peluang membuka minda usahawan-usahawan di Sabah mengenai Internet Marketing.
.
Pada ketika itu,hanya ebook-ebook,video ataupun buku yang berkaitan bisnes online sahaja menjadi rujukan.Kalau tidak berasa malu,saya akan cuba pm beberapa sifu di sana untuk bertanya,itupun kalau kena layan la hehehe...Ya..Saya tahu tidak semua orang mampu belajar dengan hanya berbekalkan ebook mahupun video,tidak kira seberapa banyak ilmu panduan yang kita beli dari sifu-sifu,mesti ada banyak perkara yang kita tidak faham.Paling penting sekali,Jangan Sama Sekali Salahkan Sifu walaupun kita sudah beli panduan mereka dan masih tidak faham.Telan & Hadam sahaja...Mungkin hari ini kita tidak faham,beberapa lama selepas itu kita akan faham dengan ilmu yang disampaikan.Mendapatkan ilmu memang perlukan kesabaran kan ­čÖé
.
Hampir genap 5 tahun dari hari itu,bagaimana keadaan penerimaan bisnes online di Sabah? Ya saya lihat sendiri banyak perubahan,orang ramai mula nampak kekuatan bisnes online,anak-anak muda mula mencari peluang dalam bisnes online,faktor ekonomi pada masa kini mungkin menyedarkan kita tidak boleh duduk diam tunggu peluang kerja datang kepada kita.Lambakan kuaran E & S juga menyebabkan saingan untuk mendapatkan peluang kerja yang lebih baik terutamanya dalam sektor awam.Salah satu penyelesaiannya? Bisnes Online.
.
Namun,perkara yang sama 5 tahun lepas masih berlaku,sifu-sifu bisnes online yang berada di Sabah sendiri mungkin MASIH BERSEMBUNYI, mentor-mentor bisnes online di Sabah boleh dikatakan masih kurang.Usahawan-usahawan offline yang ingin "mengonlinekan" bisnes mereka masih blurrr dimana tempat yang mereka boleh berikan wang mereka dan jumpa secara "face to face" untuk mendapatkan servis-servis bisnes online ini di Sabah.
.
Saya pernah terjumpa "secara online" beberapa usahawan internet yang boleh dikatakan hebat & berasal dari Sabah dan berada di Sabah. Tetapi mungkin kebanyakkan mereka bergerak sendiri dan untuk membuat servis bisnes online secara besar-besaran tidak mampu dan perlukan team..Atau saya terlepas pandang? Ada juga banyak yang pandai buat website dan sistem online,tetapi realitinya itu bukan menentukan ianya seorang Usahawan Internet..
.
Apa yang pasti,untuk anak-anak muda Sabahan yang meminati bisnes online,teruskan usaha..Peluang masih sangat luas lagi..Sedut seberapa banyak ilmu internet marketing.Bergerak dalam komuniti jika boleh.
.
Kalau boleh,ada rezeki,terbang ke semenanjung dan berjumpa dengan sifu-sifu Internet Marketing di sana (saya pun belum pernah terbang ke sana untuk berjumpa dengan sifu-sifu IM di sana)..hehe..
.
Jangan terus buka kedai atau office,kuatkan networking dengan usahawan-usahawan yang lain.Kuatkan bisnes dan branding terlebih dahulu.(Sehingga sekarang Khaiz Group masih belum mempunyai office,kami lebih santai bergerak secara online & SOHO,insyallah masanya akan tiba tidak lama lagi).
.
Untuk saya? Ya,saya sedang bangunkan empayar Internet Marketing yang saya belajar lebih 5 tahun melalui team saya, Khaiz Group.Khaiz Group saya bangunkan diserap dengan elemen-elemen Kuadran B yang lahir dari jiwa saya sendiri menjadikan ianya lebih kuat,tabah & tidak sama sekali berputus asa.Produk-produk keluaran Khaiz Group seperti Sabahan Dot My dan adik-beradiknya seperti artissabah.com serta beberapa lagi platform lain yang akan muncul pasti memberi banyak keuntungan dan kebaikkan kepada komuniti Sabahan serta perkembangan bisnes online di Sabah! Doakan kejayaan kami.
.
.
Khairilizwan Jamros
Internet Marketing Sabah,Malaysia

?#?sabah? ?#?bisnesonline? ?#?sabahan? ?#?internetmarketing? ?#?im? ?#?khaiz??

Bisnes Online

Most Commented ...

Nak BERJAYA? Cari MENTOR Anda!

5 Ciri-Ciri Peniaga Online Facebook Yang Menipu (Scammer) #1

Warna Membantu Membina Jenama Perniagaan Anda

Tips Marketing : Promosi Mesej Yang Sama!

Hot Galleries

Trending Story

Khaiz Production @ New Sabah Times 1/3/2016

Khaiz

khaiz

Alhamdulillah,hari ini (1/3/2016) kelihatan gambar krew Khaiz Production bersama penyanyi artis Sabah,Ridah dan pasangangan,Ezani di dalam surat khabar New Sabah Times (bertarikh 1/3/2016).

Gambar ini merupakan gambar ketika perbincangan pihak kami bersama Ridah & Ezani untuk pembikinan video klip lagu "Kronologi Cinta" yang bakal disiapkan dalam masa terdekat ini.

Lokasi penggambaran adalah sekitar Kota Kinabalu,Tuaran dan kawasan-kawasan berdekatan.
Proses perbincangan ini berjalan dengan lancar dan pihak kami sangat santai dan selesa berbincang dengan pasangan ini.

Selain itu juga,insyallah pada masa akan datang,akan ada lebih banyak lagi kerjasama antara Khaiz Production dan artis-artis di Sabah khususnya.Selain itu juga,platform Sabahan Dot My juga akan turut membantu mempromosikan artis-artis Sabah baru dan juga lama secara online.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar ­čÖé

 

Khaiz

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.