Gempa Bumi Sabah

Seperti biasa,pada waktu kejadian Jumaat 5/6/2015 7.17am ,saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja.Pagi hari tersebut kelihatan cerah dan baik-baik sahaja.Saya pula rasa bersemangat pada hari tersebut,kerana ada majlis persaraan salah seorang staff kami yang diraikan pada hari tersebut.

Bilik tidur saya pula berada di tingkat atas,ketika hendak turun ke ruang tamu,tiba-tiba saya berasa satu gegaran yang  amat kuat (dalam 10 saat),pada mulanya saya ingatkan saya yang berasa pening maklumkan keadaan kesihatan juga waktu tu tidak berapa sihat.Dalam keadaan kecoh tersebut,saya dapat lihat jiran-jiran pun merasa gegaran yang sama.Hati mula tidak berapa tenang selepas itu..dalam hati berkata ,’Sabah dilanda gempa bumi!‘.

Dalam keadaan yang sedikit risau,saya teruskan ke tempat kerja.Dan di tempat kerja juga heboh dengan perkara ini.Dengan adanya teknologi canggih pada masa kini,kita mendapat lebih banyak info dengan cepat.

 

 

Memang suatu perkara yang sangat menyedihkan buat seluruh rakyat di Sabah terutamanya.Selepas kejadian,kelihatan banyak kerosakan-kerosakan yang berlaku,terutamanya di daerah Ranau yang begitu terkesan akibat gempa bumi 5.9 Skala Richter ini.Dan lebih menyedihkan lagi,dilaporkan terdapat kes kecederaan dan juga kematian akibat gempa bumi ini.

Sehingga hari ini (6/6/2015),jujur saya sendiri masih berasa sedikit trauma dan merasa terdapat sedikit gegaran2 lemah (mungkin juga mainan perasaan?) yang saya pasti seluruh penduduk Sabah sekarang ini masih dalam langkah berjaga-jaga. Seperti masih berlaku gegaran-gegaran lemah walaupun tidak sekuat sebelum ini.Semua ini ketentuan Allah,kita hanya mampu berdoa…Semoga kita dilindungi dari bencana ini.

Mungkin sudah jadi lumrah akhir zaman ini,setiap musibah yang berlaku ini,kita boleh lihat terdapat komen-komen negatif terutamanya di laman sosial facebook.Saya lebih suka mengambil pendirian untuk tidak layan komen-komen tersebut,kerana ada perkara yang lebih penting untuk kita lakukan daripada membiarkan perkara negatif tersebut menyelubungi diri dan kehidupan kita.Saya pasti baik buruk yang kita lakukan di dunia ini kita akan dapat habuannya,jika bukan di dunia di akhirat sudah pasti 🙂

gempa bumi sabah

Masih saya ingat lagi,sewaktu mendaki Gunung Kinabalu pada Febuari 2010.Walaupun banyak cabaran serta kejadian yang tidak dapat diduga,saat yang paling manis ialah melihat matahari terbit ketika berada di puncak Gunung Kinabalu 🙂

Satu kenangan yang saya tidak dapat lupakan,ketika hendak naik ke puncak gunung,tiba2 lampu suluh yang saya bawa rosak dan tidak berfungsi (memandangkan kali pertama naik pada waktu itu,persiapan kurang lengkap).Dalam keadaan gelap sekitar 3 – 4 pagi dan keadaan yang sejuk,dengan hanya berbekalkan cahaya dari skrin phone sony ericsson k800i,saya gagahkan juga diri naik ke puncak seorang diri..sebahagian rakan-rakan lain sudah berada di atas puncak.Terima kasih kepada Malim Gunung yang membantu kebetulan berada di tempat tersebut 🙂

 

11109021_894198433980611_7076170524857643767_n
Terima kasih juga kepada semua mereka yang terlibat dalam misi menyelamat pendaki-pendaki gunung yang terkandas,terutamanya Malim Gunung…Kamu sentiasa terbaik 🙂

robbi

Salam takziah juga kepada keluarga Robbi Sapinggi (1984-2015),salah seorang Wira Malim Gunung Kinabalu yang terkorban disebabkan gempa bumi baru-baru ini…juga kepada beberapa lagi pendaki serta malim gunung yang disahkan meninggal dunia 🙁

11407074_944804028916828_1951408675541247430_n

 

11392885_944804608916770_9107094351165388826_n

 

11237225_944804555583442_2788385113253617394_n

11391383_968844203166169_9159732823835125681_n

 

11392866_1102416949773927_8481738355399935545_nApa yang pasti Gunung Kinabalu sudah tidak sama lagi seperti sebelum ini 🙁

p/s Semoga semua ini menjadi menjadi pengajaran dalam hidup kita.

p/s Dunia semakin tua,kemana kehidupan kita sekarang?

Gempa Bumi Sabah