Affiliate
Apa Itu Affiliate?
Soalan ini sering kali ditanya oleh mereka yang berminat dengan bisnes online kepada saya..
- Apa itu affiliate?
- Bagaimana cara buat duit melalui affiliate?
- Bagaimana mempromosikan affiliate?
- Benarkah Affiliate adalah salah satu bisnes tanpa modal?
- Dan macam-macam lagi soalan..
Mereka yang bertanya ini pula tergolong dari golongan pelajar,pekerja makan gaji,mereka yang belum mendapat kerja malahan terdapat juga usahawan yang bertanya mengenai affiliate ini..
Mungkin saya tidaklah sehebat usahawan-usahawan internet yang lain di luar sana,namun apa yang saya ingin tekankan di sini,Affiliate ini merupakan salah satu bisnes yang jika kita SERIUS untuk melakukan ia,ianya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit.
Baiklah di dalam post saya kali ini,saya hanya akan menyentuh Apa Itu Affiliate? Dan insyallah dari semasa ke semasa,saya akan berikan lagi anda post-post berkaitan Affiliate termasuk cara menjana pendapatan melalui Affiliate.
Secara ringkasnya,Affiliate bermaksud anda membantu menjual produk orang lain melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda dan apabila terdapat pelanggan membeli produk tersebut melalui link anda,anda akan mendapat komisyen dari pemilik produk tersebut.
Ini bermaksud,anda menjadi salah seorang daripada agen untuk produk sesuatu tersebut,melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda.
Benarkah Affiliate Adalah Bisnes Tanpa Modal?
Ya! Affiliate adalah merupakan Bisnes Tanpa Modal! Anda boleh melakukan Affiliate ini tanpa perlu membayar sebarang yuran pendaftaran kepada owner produk tersebut!
Kebiasaannya syarikat ataupun owner produk mahupun perkhidmatan akan membuka pendaftaran ini secara PERCUMA sahaja! Anda boleh melakukan bisnes affiliate ini walaupun anda kerja dari rumah sahaja!
Kebiasaannya produk yang dijual adalah :
- Produk Digital (contohnya : ebook,video tutorial,perisian)
- Produk Fizikal (contohnya : Al-Quran digital,minyak wangi,patung,DVD dll)
- Perkhidmatan (contohnya : perkhidmatan membina laman web,servis surat jualan dll)
Mungkin anda tertanya-tanya,berapa peratus keuntungan yang diberikan jika kita mempromosikan produk melalui affiliate ini..
Semua ini bergantung kepada pemilik produk tersebut,kebiasaannya untuk produk fizikal,ada yang meletakkan peratus keuntungan sebanyak 10 – 30%,berbeza dengan produk digital,kebiasaannya peratus keuntungan adalah lebih tinggi sedikit iaitu 40 – 50% keuntungan setiap jualan yang dilakukan.
Kebiasaannya,pembayaran komisyen Affiliate akan dibankin terus ke akaun bank anda,sebaiknya anda mempunyai akan bank CIMB ataupun Maybank.Untuk affiliate luar negara pula,dicadangkan anda membuka akaun PayPal bagi membolehkan komisyen anda dibayar.
Ini adalah contoh komisyen yang saya dapat ketika mempromosikan salah satu produk digital suatu ketika dahulu.
Contoh LINK AFFILIATE sesuatu produk yang diberikan kepada anda.Anda boleh lihat di hujung affiliate terdapat id “get“,id tersebut merupakan id yang saya letakkan sebagai link affiliate promosi saya.
Selain daripada LINK Affiliate,terdapat juga owner produk yang menyediakan banner promosi berserta link affiliate anda bagi memudahkan anda mempromosikan link affiliate anda melalui banner tersebut.
Mungkin anda telah sedikit faham mengenai apa itu affiliate.Berikut adalah secara ringkas bagaimana anda boleh menjadi seorang Affiliater.
Baiklah sampai sini sahaja penerangan ringkas saya mengenai asas apa itu Affiliate,insyallah pada masa akan datang,saya akan cuba terangkan serta memberi tips berkaitan Affiliate kepada anda.
Jika anda benar-benar ingin menjadi seorang Affiliate yang berjaya,anda harus fokus dan saya cadangkan juga kepada anda untuk mempelajari cara untuk membuat pemasaran email.Ianya akan membantu anda untuk mempromosikan LINK Affiliate anda.
Semoga jumpa lagi pada artikel yang akan datang! 🙂